Penyakit kencing manis atau diabetes memang sangat sinonim dengan masyarakat kita. Banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya penyakit ini. Faktor utama adalah dari pemakanan dan gaya hidup.
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan tanpa kawalan menyebabkan penyakit ini mudah dihidapi oleh sesiapa saja.
Bagaimana diabetes boleh berlaku?
Apabila badan kita tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah disebabkan kekurangan insulin. Hormon insulin akan dihasilkan oleh pankreas untuk membenarkan glukosa masuk ke dalam sel organ. Apabila hormon insulin kurang, glukosa tidak dapat masuk dalam sel organ/darah, maka terjadinya diabetes.
Mekanisme resveratrol mengawal diabetes :
1. Memperbaiki keseimbangan glukosa dalam darah.
2. Mengurangkan rintangan insulin.
3. Melindungi pankreas.
4. Membaiki rembesan insulin.
5. Menambah baik keseimbangan metabolisme.
Vivix dapat membantu menurunkan gula dalam darah. Tapi supplemen ini bukanlah ubat yang dapat menyembuhkan penyakit kencing manis. Perkara paling utama untuk mengawal paras gula dalam darah adalah amalkan pemakanan yang sihat, banyakkan bersenam dan melakukan aktiviti yang sihat.
Comments
Post a Comment