Facial adalah satu rawatan wajah yang dilakukan untuk menjaga kebersihan, kesihatan dan kecantikan wajah. Biasanya ramai wanita yang melakukan facial di spa yang banyak menawarkan pakej-pakej menarik. Ada juga yang hanya melakukannya sendiri di rumah. Jika tak sempat untuk ke spa, ada juga perkhidmatan spa bergerak yang akan datang ke rumah untuk melakukannya di rumah sendiri.
Rawatan facial penting untuk memastikan kulit muka sihat. Wanita yang kerap melakukan facial akan mendapat kulit wajah yang lebih cerah, segar dan muda. Proses rawatan facial adakalanya mengambil masa yang agak lama.
Rawatan facial sangat penting kepada diri kita bagi kebersihan wajah. Kepentingan facial ini ada lima iaitu:
1. Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembap
✅ Membersihkan wajah menggunakan cara biasa sebagaimana kita selalu lakukan setiap hari, tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang ada di dalam kulit. Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembap secara menyeluruh.
Malah urutan pada wajah semasa proses facial dilakukan dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.
2. Membekal Nutrisi Kulit
✅ Ketika melakukan facial muka, pori-pori kulit muka akan terbuka sebelum disapukan krim rawatan. Hal ini menyebabkan kulit wajah lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu.
3. Pengelupasan Kulit Muka Yang Sempurna
✅ Proses pengelupasan kulit dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar segera digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Maka kulit jadi kelihatan berseri-seri selepas rawatan facial. Proses facial juga dapat merangsang kolagen dan juga elastin sekaligus mengurangkan kedutan.
4. Mencantik Kulit Wajah
✅ Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial muka mampu menyerap jauh ke dalam kulit iaitu dapat melambatkan penuaan wajah, mencerahkan warna kulit, sebagai antioksidan, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan juga merawat kulit yang bermasalah.
5. Mengetahui Jenis Kulit
✅ Sebelum melakukan facial, kulit anda akan diteliti oleh pakar untuk menentukan jenis kulit. Sama ada jenis kulit kering, kulit normal atau kulit berminyak. Setelah jenis kulit dikenalpasti, pakar akan menerangkan masalah-masalah yang sering dialami oleh kulit. Selepas itu barulah rawatan facial bersesuaian akan dilakukan mengikut jenis kulit.
thanks untuk info ini
ReplyDeleteSama2 semoga bermanfaat 😊
Delete