Best kan bila kita ada hobi? Buat apa yang kita suka dan luar dari kebiasaan. Biasanya hobi ni boleh jadi apa saja.
Salah satu hobi saya semestinyalah membaca novel. Tak kisah genre novel asalkan cerita dan kisahnya menarik. Banyak antara novel dalam simpanan saya karya Ramlee Awang Mursyid. Novel beliau lain dari yang lain dan ada antara novel beliau telah diadaptasi menjadi drama dan filem.
Sudoku juga salah satu hobi saya bila ada masa terluang. Ramai yang tahu tak? Permainan nombor isi tempat kosong iaitu 1 hingga 9 dalam satu kotak dan barisan. Kalau dah buat sudoku ni memang leka tak ingat keliling 😂.
Bagi saya hobi ni perlu untuk kita menguruskan stress dan rasa enjoy. Membaca dapat melatih saya menulis dengan lebih baik. Sudoku pula dapat melatih otak kita supaya lebih kreatif dan sentiasa berfikir.
Pasti korang pun ada hobi, kan. Jom share apa hobi korang kat komen 😄.
Comments
Post a Comment