Hari ni saya nak kongsi 9 tips untuk kekal sihat di musim panas. Cuaca sekarang ni tak menentu. Jadi, bersedialah untuk setiap keadaan cuaca ya.
1. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.
2. Guna kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan.
3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar.
4. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
5. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula.
6. Pakai losyen untuk melembutkan kulit. Pilih losyen dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya kepada kulit untuk jangka masa panjang.
7. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
8. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh dan memastikan tubuh kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari.
9. Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan.
Cubalah tips yang saya kongsikan ni. Apa yang penting, kesihatan perlu diutamakan. Ambil supplemen dan makanan seimbang ya.
Comments
Post a Comment