Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Skincare Selamat Dan Berkesan, Youth

Setiap wanita memang nak kulit cantik dan muda. Saya pun nak 😍. Maka pemilihan skincare yang betul-betul selamat dan berkesan memang sangat penting.  Youth merupakan skincare terbaru dari Shaklee dan merupakan satu-satunya skincare yang telah melalui 8 tahun kajian sebelum ia dipasarkan.  Nak tau tak, Youth sold out seawal 3 hari ia dilancarkan di Malaysia! Bila dah restock baru-baru ni, cepat je stock berkurang.  Memang produk skincare ni boleh jual dan tambah pendapatan untuk SID Shaklee. Korang yang nak tambah pendapatan juga, jom join group saya #BlueOcean. Kita sama-sama buat duit untuk raya nanti. Wasap saya di link ➡️ http://tanyaIja.wasap.my/

Cara Kumpul Point Drypers Untuk Redeem Hadiah

Hari ni saya nak share macam mana nak kumpul point bagi mak-mak yang gunakan Drypers untuk anak ya. Pertama sekali, haruslah jadi ahli Drypers Baby Club. Masuk website Drypers Baby Club dan register ikut step-step yang dinyatakan.  Ok, bila dah selesai register tu barulah masuk kan point Drypers tu.  Step by step ada pada gambar ye. 1. Drypers Classic, Wee Wee Dry, Classic Pantz dan semua jenis Drypers pun boleh. 2. Mana nak dapat special kod ni? Ok biasa pembalut Drypers tu bila dah habis isi dalam, kita pun dengan senang hatinya buang. Nanti dulu! Cuba terbalikkan pembalut Drypers tu iaitu bahagian dalam ke luar. Nanti akan nampak satu special kod di bahagian tepi pembalut. Tulis atau potongkan special kod tu. Bila dah dapat tu, barulah dengan senang hatinya buang pembalut Drypers tadi. 3. Pertama sekali, dah masuk website Drypers Baby Club klik hujung atas kanan sekali. Satu drop menu akan keluar dan pilih Login. 4. Masukkan login id yang telah didaf

Di Sebalik Tabir Bisnes Shaklee

Di sebalik tabir bisnes Shaklee saya yang baru nak menapak ni, ada macam-macam kisah dan cerita. Bukan mudah ya nak bangunkan bisnes ni. Jenuh juga dulu fikir boleh ke buat Shaklee? Boleh konsisten ke? Dengan data internet yang terhad, HP model lama. Dan tak tau langsung pasal online marketing ni. Tapi, akhirnya saya redah juga. Masuk group Freedom Family, saya banyak belajar pasal sharing yang berkesan. Dapat peluang join Akademi 3 Angka, belajar ilmu baru daripada kelas-kelas online yang dijalankan, belajar teknik copywriting, buat blog.  Best sebenarnya bila dapat belajar banyak perkara baru. Memang mula-mula tak tau. Tapi bila kita sediakan diri untuk belajar, kita akan mudah faham. Dan dengan bisnes Shaklee juga, saya dapat pecahkan tembok untuk berani buat video dan post di FB! Yang ni memang tak pernah terfikir untuk buat 😂. Mentor bisnes juga sangat membantu. Setiap hari akan ingatkan kami dalam group untuk konsisten sharing dan update blog. Selalu bagi

Beza Susu Soya Dan ESP Shaklee

Ramai yang cakap nak kulit cantik minumlah susu soya. Kadang ada juga yang pregnant tu minum susu soya supaya kulit baby putih dan cantik. Tapi semua ni betul ke? Sebenarnya soya memang sumber protein yang baik tetapi perlulah pilih soya yang bukan GMO. Kebanyakan kacang soya di pasaran telah diubah dari segi genetiknya. Dan penghasilan susu soya tu sendiri telah menghilangkan nutrien penting yang ada dalan kacang soya. Berbeza dengan ESP, serbuk soya ni dihasilkan daripada 30kg kacang soya bukan GMO. Ia juga diproses pada suhu yang rendah supaya kandungan protein di dalamnya kekal berkualiti dan kekal berkesan pada tubuh.  ESP juga satu-satunya serbuk soya yang membekalkan kesemua 9 essential amino acid. Essential amino acid ni HANYA boleh didapati daripada makanan yang kita makan (badan kita takkan boleh hasilkan protein-protein ini). ESP juga tiada kolesterol sebab ia dihasilkan daripada tanaman. Pesakit darah tinggi ke takde masalah nak minum ESP ni.  ESP juga tiada asid urik, seba

Reward Diri Sendiri Sebagai Terapi Jiwa

Hadiah untuk diri sendiri penting tau bila kita dah usaha bertungkus lumus bekerja. Bukanlah setiap bulan pun. At least setahun sekali ke atau kalau mampu tu tiap bulan pun boleh 🤗.  Hadiah pertama yang paling bermakna saya beli untuk diri sendiri adalah smart phone Samsung S4. Duit bonus pertama saya dapat masa bekerja dulu. Sayang sangat dengan handphone tu tapi dukacitanya dah rosak. Hadiah kedua pulak saya beli rantai emas. Tu lah paling mahal untuk diri sendiri. Tapi, lepas-lepas ni mungkin reward tu lebih kepada untuk keluarga. Sama-sama dapat kongsi apa yang saya dapat.  Sebenarnya tak kisahlah berapa nilai hadiah yang kita beli untuk reward diri sendiri, yang penting kisah di sebalik setiap hadiah tu dapat mengingatkan kita usaha yang telah kita lakukan untuk dapat apa yang kita nak.  Nak reward yang lebih besar, haruslah usaha lebih gigih lagi. InshaAllah nak usaha dapatkan bonus Shaklee supaya dapat reward untuk keluarga pulak.

Kenapa Obses Dengan Shaklee?

SID Shaklee obses dengan supplemen? Haruslah obses dengan barang baik ni 🤗. Bukan calang-calang supplemen tau. Shaklee satu-satunya supplemen semulajadi dan ada landmark study.  Kebanyakan SID memang dah rasa sendiri Shaklee effect. Macam saya juga mula-mula kenal Shaklee untuk ikhtiar hamil. Kemudian saya teruskan dengan set hamil. Memang beza sangat tau. Untuk anak yang pertama, alhamdulillah takde masalah sangat sepanjang kehamilan. Untuk anak yang kedua pulak, saya consume ESP untuk tambahkan susu. Sekarang baby dah 1 tahun 2 bulan dan masih breastfeed sepenuhnya, alhamdulillah. Semoga dapat teruskan sampai baby berumur 2 tahun atau lebih. Macam manalah saya tak obses dengan Shaklee. Hanya Shaklee di hati saya 😍.

Pentingnya Pengaruh Yang Baik Kepada Kehidupan

Bila kita bergaul dengan ramai orang, macam-macam kisah kita boleh dapat. Barulah kita tau sebenarnya bukan kita je rasa macam sekian sekian. Betul tak? Kadang-kadang ada yang lagi tak terjangkau akal fikiran kita. Sebab setiap orang kisah mereka lain-lain. Saya sangat kagum dengan satu kisah hidup seorang ni. Beliau seorang yang senang menghulurkan bantuan jika diperlukan. Terutamanya berkaitan dengan wang.  Seboleh mungkin beliau cuba membantu mana yang mampu. Sentiasa menjadi role model adik-adik dan tempat meluahkan segala masalah mereka. Dalam kelembutan beliau ada ketegasan.  Keluarga beliau pula hanya ada mak saja yang membesarkan mereka adik beradik. Namun mereka semua berjaya capai impian masing-masing.  Bertuahnya bila kita dikelilingi orang yang memberi pengaruh baik dalam kehidupan kita. Secara tak langsung kita pun akan bersemangat untuk usaha lebih lagi. Jom, mulakan hari dengan bersyukur Alhamdulillah 😍.

Kenapa Perlu Pilih Sunblock Youth?

Sinar UV memberi kesan terhadap kulit kita akibatnya jeragat, jerawat mudah hinggap kat kulit. Sinar UV juga membuatkan kulit kita nampak lagi tua daripada usia sebenar. Sebab tu pakar-pakar kulit menggalakkan kita melindungi kulit dengan menggunakan krim tabir suria yang mempunyai SPF yang tinggi.  Berapa SPF yang sesuai tu. SPF50 pun dah dikira tinggi juga. Dengan menggunakan krim tabir suria kulit dapat menangkis sinaran UV ni.  Pelembap muka Youth mempunyai SPF 50 yang melindungi kulit daripada sinaran matahari. Ia bukan sekadar melindungi kulit daripada sinaran matahari malah dapat melembapkan kulit anda dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Jom dapatkan full set Youth sekarang 😊 Klik link untuk order ➡️ http://tanyaIja.wasap.my/

Cara Menghilangkan Parut Jerawat Degil Dengan Berkesan

Parut jerawat bertahun-tahun hilang dalam hanya beberapa minggu penggunaan satu skincare terbaru ni! Bila baca kenyataan ni mesti ramai yang tak percaya dan rasa mustahil.  Tapi semua ni tak mustahil dengan skincare terbaru dari Shaklee, Youth. Bahan-bahan dalam Youth adalah 100% daripada tumbuhan dan bebas bahan kimia berbahaya. Walaupun ia daripada bahan organik dan semulajadi, sains telah pastikan bahan-bahan ini memberi kesan yang optimum pada kulit.  Dan daripada ujian klinikal yang dijalankan ke atas kulit pengguna yang menggunakan Youth, usia kulit mereka lebih muda daripada usia sebenar pengguna. 10 tahun muda tu!  Youth ni special seumpama Shaklee gabungkan vitamin dalam skincare. Memang wow sangat. Youth mampu mengembalikan keyakinan anda. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Youth dan order boleh wasap saya di link ni ➡️ http://tanyaIja.wasap.my/

Tips Mengurus Kewangan

Dah lama rasanya saya tak betul-betul buat kira-kira kewangan. Dulu masa bekerja memang sebelum dapat gaji, dah tulis bajet setiap bulan. Berapa yang perlu dibelanjakan dan disimpan.  Untuk bisnes pula, keuntungan yang dapat tu kalau boleh simpan dalam satu akaun khas. Jangan campur dengan akaun personal. At least akhir bulan nanti kita boleh tau berapa jumlah keuntungan kita.  Awal-awal memang nampak sikit dan payah nak disiplinkan diri. Tapi, bila dah terbiasa kita akan senyum lebar bila tengok baki akaun akhir bulan nanti 😄.  Inilah yang mampu saya buat sekarang. Walau tak banyak, saya cuba untuk cukupkan apa yang kurang. Korang jangan lupa rancang perbelanjaan bulanan ya. Kalau ada tips lain, jomlah share 😊.

Cara Mengatasi Ruam Panas Dan Eczema

Dah lama juga saya guna Herbal Blend ni sebenarnya. Sebelum ada anak dulu saya guna untuk mengatasi kulit kering dan tumit pecah.  Bila dah ada anak, saya guna pulak untuk mengatasi masalah ruam-ruam dan eczema. Anak yang kedua ni kulit dia agak sensitif. Dari newborn lagi sebenarnya. Masa umur sebulan tu, habis naik ruam-ruam kecik kat muka dia. Risau juga sebab anak yang sulong takde pulak naik ruam-ruam macam tu.  Masa ni banyak sangat ruam-ruam kat leher dan dahi. Nak sapu macam-macam pun tak berani sangat. Nasib baik teringat ada Herbal Blend. Sapu sikit-sikit kat tempat ruam tu. Dua tiga hari lepas tu nampaklah dah semakin ok dan kering. Legaaa sangat. Sekarang ni umur anak dah setahun tiga bulan. Masih guna lagi krim Herbal Blend ni kat kulit dia. Sapu kat leher, belakang badan dan lengan untuk mengatasi eczema dia. Nampaklah kurang gatal-gatal tu. Sekarang pergi mana-mana memang tak lupa bawak krim Herbal Blend. Berguna untuk saat-saat yang tak dijangka 😊. Wasap link saya ➡️ w

Detik-detik Manis Bersama Keluarga

Bila dah semakin dewasa dan mempunyai keluarga sendiri ni, perasaan untuk melihat mereka bahagia adalah satu keutamaan bagi saya. Dan mencipta banyak kenangan manis bersama mereka juga adalah impian saya.  Kenangan manis bercuti ke Cameron Highlands bersama mak, ayah dan adik masih segar dalam ingatan saya. Sukar sebenarnya nak berkumpul ramai-ramai dan merancang percutian. Ye lah masing-masing ada komitmen sendiri.  Bila ingat balik, tak selalu rupanya kami dapat bercuti bersama. Kali terakhir kami bercuti adalah 3 tahun lepas ke Langkawi. Masa tu belum ada anak lagi. Dapatlah merasa 'island hopping boat tour'. Kekangan masa dan kewangan membataskan kami melawat ke tempat-tempat percutian. Bila berjalan ni, anak-anak lah paling seronok. Dan lagi best bila bercuti ramai-ramai dengan mak, ayah dan adik-adik. Terus rasa nak buat betul-betul bisnes Shaklee sampai berjaya. At least kami ada tabung untuk travel. Tak perlu dah pening kepala fikir perbelanjaan bula

Mandi Manda Di Teratak River View Tanjong Malim Perak

Cuti sekolah baru ni berpeluang balik Behrang sekejap. Kebetulan adik yang kat Kulai pun balik sekali. Meriah lah rumah atok dan nenek dengan cucu-cucu dan kami adik beradik. Sesekali berkumpul memang best sebab ye lah masing-masing duduk jauh dan jarang balik.  Anak-anak lah paling seronok dapat jumpa sepupu mereka. Main tak ingat sampaikan berak kencing pun tak nak cakap dah. Hahaha. Si kecik Irdina pun kalau boleh nak join sekali main dengan abang-abang dan kakak.  Kami balik Behrang hari Jumaat. Petang tu plan nak mandi sungai di Teratak River View. Tak jauh pun dari rumah mak dan ayah. Pertama kali datang sini walaupun sebenarnya tempat ni dah lama ada. Hahaha baru tau tu pun sebab adik yang bongsu belajar kat UPSI. Ada aktiviti kat tempat tu.  Jalan masuk nak ke sungai ni kecik je. Betul-betul muat satu kereta. Kalau berselisih tu memang satu kereta kena berenti untuk memberi laluan kepada kereta satu lagi. Ada chalet jugak kalau nak bermalam kat sini. Kami berenti kat tepi jalan

Target Untuk Cycle Baru 2018/2019

Dah lebih setengah bulan kita lalui untuk bulan Mac ni. Macam biasa untuk bisnes Shaklee closing adalah setiap akhir bulan. Macam-macam perkara lagi perlu dilakukan sebelum tiba hari closing. Harapnya dapatlah closing dengan berjaya. Closing bulan ni adalah penutup untuk cycle 2017/2018. Bulan April ni akan mula cycle baru 2018/2019. Target untuk cycle baru, saya harap dapat kembangkan lagi bisnes Shaklee dan tambah anak-anak Shaklee. Boleh naik rank dan nak dapatkan car reward program. Target untuk International Trip pulak masih jauh lagi perjalanannya. Hehehe. Perlu kukuhkan apa yang masih goyang ni. Untuk semua impian ni, saya tau banyak yang perlu saya lakukan. Tak boleh goyang kaki dan hanya tunggu customer datang. Sesuatu perlu dilakukan. 

Tanda-tanda Anda Perlu Detoks

Pernah tak anda rasa  ✅ Letih ✅ Stress ✅ Kulit kusam ✅ Keinginan untuk makan makanan manis ✅ Sembelit ✅ Kenaikan berat badan ✅ Tidak lena tidur ✅ Masalah penghadaman Kalau ada, sudah tiba masanya untuk detoks. Detoks dilakukan untuk menyingkirkan toksin-toksin yang dah lama berkumpul dalam badan kita ni.  Bila toksin banyak dalam badan kita, sukar untuk tubuh menyerap vitamin yang kita makan. Sumber toksin pula terdiri daripada :  🍒 Air 🍒 Udara 🍒 Makanan 🍒 Gaya hidup 🍒 Tubuh kita sendiri Sebenarnya tubuh kita sendiri mampu untuk menyingkirkan toksin daripada badan. Tapi bila dah bertahun-tahun kita dedahkan badan kita dengan pelbagai jenis sumber toksin, ia akan berkumpul dan menyebabkan pelbagai masalah.  Dengan mengamalkan detoks, badan kita akan lebih ringan dan semakin sihat. Ada lapan kebaikan detoks kepada kita : ✔️ Kolon yang lebih sihat (bebas daripada sembelit dan kembung perut). ✔️ Penurunan berat badan. ✔️ Meningkatkan tenaga. ✔️ Mengurangkan keinginan pada makanan. ✔️

Rumah Idaman

Bila duduk sorang-sorang, terfikir bila lah dapat duduk rumah sendiri. Rumah yang selesa dan dibeli hasil titik peluh kami sendiri. Biar tak besar pun janji selesa dikelilingi pemandangan yang sejuk mata memandang.  Hiasan dalaman pulak suka yang ringkas je janji nampak kemas dan luas. Dapur pulak haruslah luas dan lengkap dengan kelengkapan untuk memasak. Baru semangat nak masak sedap-sedap untuk keluarga.hehehe. Bagi saya, rumah idaman biarlah setingkat pun takpe janji besar. Ada bilik untuk saya jadikan pejabat kecil dan ruang bacaan. Anak-anak pula ada bilik sorang satu. Di depan rumah pula ada laman yang luas dan taman mini untuk kami sekeluarga bersantai waktu petang atau pada masa lapang. Lagi best kalau ada kolam mini. Mungkin impian ni tiga atau empat tahun lagi baru tercapai, inshaAllah. 

Rutin Vitamin Harian Setiap Pagi

Korang sarapan apa pagi tadi? Sarapan memang wajib ambil untuk beri kita tenaga untuk melakukan tugas sepanjang hari. Bila dah ambil sarapan, tengahari tu kuranglah rasa lapar. Biasanya pagi kalau tak sempat sangat nak makan yang berat-berat tu, saya suka minum ESP. Bancuh macam tu je atau campur dengan fresh milk. Sedap dan kenyang sampai tengahari tau. ESP ni dapat beri tenaga dan buatkan kita kenyang lebih lama disebabkan indeks glisemik yang rendah. Untuk saya, ESP sebagai milkbooster juga.  Best consume ESP sebab serbuk soya ni bagus untuk kulit juga. Ia merupakan sumber protein untuk menghasilkan kolagen yang dapat menganjalkan kulit. Mana nak dapatkan ESP ni? Wasap je saya kat link ni ➡️ www.wasap.my/60126936480