Cuti sekolah baru ni berpeluang balik Behrang sekejap. Kebetulan adik yang kat Kulai pun balik sekali. Meriah lah rumah atok dan nenek dengan cucu-cucu dan kami adik beradik. Sesekali berkumpul memang best sebab ye lah masing-masing duduk jauh dan jarang balik.
Anak-anak lah paling seronok dapat jumpa sepupu mereka. Main tak ingat sampaikan berak kencing pun tak nak cakap dah. Hahaha. Si kecik Irdina pun kalau boleh nak join sekali main dengan abang-abang dan kakak.
Kami balik Behrang hari Jumaat. Petang tu plan nak mandi sungai di Teratak River View. Tak jauh pun dari rumah mak dan ayah. Pertama kali datang sini walaupun sebenarnya tempat ni dah lama ada. Hahaha baru tau tu pun sebab adik yang bongsu belajar kat UPSI. Ada aktiviti kat tempat tu.
Jalan masuk nak ke sungai ni kecik je. Betul-betul muat satu kereta. Kalau berselisih tu memang satu kereta kena berenti untuk memberi laluan kepada kereta satu lagi. Ada chalet jugak kalau nak bermalam kat sini.
Kami berenti kat tepi jalan je dan masa kami ke sana tak ramai orang pun. Bestlah hanya kami sekeluarga. Ayah yang dah biasa ke hutan, bawak sekali peralatan memasak. Beli barang basah untuk masak kat situ. Masak simple-simple je sebab sebelum tu dah makan kat rumah. Masak burger kat sana.
Sebenarnya ni lah pengalaman pertama Irfan dan Irdina mandi sungai. Irfan memang teruja sangat. Seronok dia main air dengan Ammar dan Izzatie. Irdina pulak celupkan kaki dalam air je dah nangis. Hahaha. Mungkin belum biasa lagi.
Ammar dan Izzatie memang dah biasa juga main air mandi sungai ni. Seronoklah masing-masing dapat berendam dalam cuaca panas ni. Cuaca pun ok je tak hujan.
Lama jugalah kat sana. Hampir pukul 6 baru bertolak balik. Kemas-kemas apa yang patut. Lepas makan burger tu, budak-budak sambung mandi lagi. Dalam perjalanan balik tu, masing-masing tidur keletihan. Hahaha.
Kalau ada peluang, boleh bawak Irfan dan Irdina mandi sungai lagi. Pergi ramai-ramai dengan mak, ayah dan adik-adik lagi meriah.
Comments
Post a Comment