Nak sentiasa kekal positif tu memang satu cabaran juga. Yelah kita manusia ada emosi yang sentiasa berubah-ubah. Tapi bila kita ada sebab untuk sentiasa rasa positif seperti nak tengok anak-anak gembira, pasti kita boleh kekalkan perasaan kita untuk sentiasa gembira juga.
Macam dalam bisnes juga, perlu untuk kekal konsisten supaya apa yang telah kita usahakan tidak terhenti setakat itu saja. Saya kongsikan sidikit tips untuk kekal konsisten:
📝 Jadual
➡️ Perlu ada jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Jadual ni membantu kita untuk merancang tugas-tugas harian jadi takdelah kita hanyut.
📝 Keutamaan
➡️ Buat tugas yang penting dulu dan habiskan satu-satu tugas sebelum buat yang lain.
📝 Fokus
➡️ Yang ni paling penting sebab bila kita fokus kita akan lebih berjaya dan melakukan satu-satu tugas tu dengan lebih teliti.
📝 Motivasi diri
➡️ Selalu cakap kata-kata positif pada diri sendiri. Ini penting juga sebab bila kita baca walau sebaris ayat positif, ia dapat mengubah persepsi kita.
📝 Bantuan
➡️ Bila kita buntu atau tak tau nak buat apa, carilah mentor yang dapat bantu kita untuk kekal dalam landasan dan jalan yang lurus. Mentor biasanya akan sentiasa bagi kata-kata semangat supaya kita tak terus hanyut.
Korang kalau ada tips lain, jomlah share. Semoga membantu.
Comments
Post a Comment