Skip to main content

Jepun Dan Iceland Destinasi Percutian Impian

Bila terfikir pasal percutian je memang berbunga-bunga rasa hati 😍. Mula lah terbayang tempat-tempat yang cantik di seluruh dunia untuk dilawati. Kalau tak dapat ke luar negara, dalam Malaysia pun banyak tempat yang cantik masih belum dilawati. 

Tapi kalau percutian impian tu memang nak lawat negara luar dari Malaysia lah. Berangan nak pergi Jepun dan lebih spesifik ke Hokkaido. Bagi saya bila travel, suka melawat tempat-tempat cantik dan mengenali budaya tempatan. Shopping tu mungkin jatuh tempat ke dua. Nak kumpul sebanyak mungkin kenangan sebab dapat menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Hokkaido ada beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti Otaru Canal, Biei, Takinoue Park dan Lavender Park. Mungkin banyak lagi tempat-tempat cantik. Dan nak tengok pokok sakura berbunga. Membayangkan je pun dah rasa best. Hehehe.

Kenapa saya pilih Jepun? Melihat kepada orang Jepun sendiri yang sangat mementingkan kebersihan dan mempunyai fikiran yang kreatif. Boleh dikatakan ada saja alat yang mereka cipta untuk memudahkan urusan mereka sehari-hari. Mereka juga sangat menepati masa. Tak perlu risau kalau menaiki kenderaan awam di sana, pasti tiada jadual yang tertangguh.













Satu lagi destinasi percutian yang nak sangat saya pergi adalah Iceland. Banyak sangat tempat cantik kat Iceland disebabkan muka buminya dan suhunya yang sentiasa sejuk beku. Dan boleh tengok aurora juga. Aurora ni terhasil bila medan magnet bumi diganggu oleh ribut matahari dan menghasilkan cahaya di langit. Fenomena ni berlaku di kutub utara dan selatan biasanya dipanggil Northen Light dan Southern Light. 

Iceland bukanlah destinasi pelancongan popular, tetapi pemandangan kat sana memang sangat cantik dan tenang. Sebuah negara yang tidak terlalu sibuk dengan hiruk pikuk kota. Kalau nak merehatkan fikiran, memang sesuailah pergi Iceland.







Best sebenarnya bila kita travel ni. Dapat tengok pemandangan yang berbeza dan belajar banyak perkara baru. Semua pengalaman ni akan sentiasa disimpan dalam memori indah hidup kita. Semoga satu hari nanti saya dapat merealisasikan impian saya untuk melawat tempat-tempat cantik ni.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Slim River Perak

Slim River, Perak satu daerah kecil di selatan Perak. Berdekatan dengan Tanjung Malim yang bersempadan dengan Selangor. Banyak sebenarnya tempat menarik di sini terutamya kawasan air terjun dan hutan yang masih terpelihara.  Beberapa bulan lepas saya berpeluang menghantar adik untuk program universitinya. Tak jauh dari rumah kami sebenarnya. Tapi ia agak jauh ke dalam dan lebih selesa kalau menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ingat lagi awal-awal dulu masa saya ke tempat ni jalan masih jalan tanah merah dan tidak bertar. Tapi sekarang jalan dah bertar dan memudahkan lagi perjalanan untuk ke tempat ni. D' Pulau Tibang Ulu Slim Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dari Slim River. Melalui penempatan orang asli dan kawasan hutan yang masih terjaga memang rasa nyaman dan tenang saja. Dari jauh terdengar deruan air sungai. Memang sangat mengujakan dapat pergi ke tempat macam ni. Tak ramai orang pun sebab kawasan persendirian.  Di sini ada disediakan bili

5 Tips Untuk Kekal Konsisten Dalam Bisnes

Nak sentiasa kekal positif tu memang satu cabaran juga. Yelah kita manusia ada emosi yang sentiasa berubah-ubah. Tapi bila kita ada sebab untuk sentiasa rasa positif seperti nak tengok anak-anak gembira, pasti kita boleh kekalkan perasaan kita untuk sentiasa gembira juga. Macam dalam bisnes juga, perlu untuk kekal konsisten supaya apa yang telah kita usahakan tidak terhenti setakat itu saja. Saya kongsikan sidikit tips untuk kekal konsisten: 📝 Jadual ➡️ Perlu ada jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Jadual ni membantu kita untuk merancang tugas-tugas harian jadi takdelah kita hanyut.  📝 Keutamaan ➡️ Buat tugas yang penting dulu dan habiskan satu-satu tugas sebelum buat yang lain.  📝 Fokus ➡️ Yang ni paling penting sebab bila kita fokus kita akan lebih berjaya dan melakukan satu-satu tugas tu dengan lebih teliti. 📝 Motivasi diri ➡️ Selalu cakap kata-kata positif pada diri sendiri. Ini penting juga sebab bila kita baca walau sebaris ayat positif,

5 Kepentingan Facial Muka Kepada Kulit

Facial adalah satu rawatan wajah yang dilakukan untuk menjaga kebersihan, kesihatan dan kecantikan wajah. Biasanya ramai wanita yang melakukan facial di spa yang banyak menawarkan pakej-pakej menarik. Ada juga yang hanya melakukannya sendiri di rumah. Jika tak sempat untuk ke spa, ada juga perkhidmatan spa bergerak yang akan datang ke rumah untuk melakukannya di rumah sendiri.  Rawatan facial penting untuk memastikan kulit muka sihat. Wanita yang kerap melakukan facial akan mendapat kulit wajah yang lebih cerah, segar dan muda. Proses rawatan facial adakalanya mengambil masa yang agak lama.  Rawatan facial sangat penting kepada diri kita bagi kebersihan wajah. Kepentingan facial ini ada lima iaitu: 1. Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembap ✅ Membersihkan wajah menggunakan cara biasa sebagaimana kita selalu lakukan setiap hari, tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang ada di dalam kulit. Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembap secara menyeluruh. 

Batuk Berterusan Dan Ubat Batuk

Bila batuk ni memang penat dan rasa tak selesa. Beberapa bulan ni kerap pulak saya batuk dan selsema. Bila selsema mesti pakej dengan batuk sekali. Batuk ni lah yang paling lambat nak baik.  Selalu bila batuk saya akan kena asma juga. Memang kena ke klinik lah jawabnya ambil Nebulizer (Neb). Nasib baik juga klinik 1 Malaysia dekat dengan rumah. Bukak pulak sampai pukul 10 malam. Biasanya memang pergi malam sebab tunggu suami balik kerja.  Selalunya kalau pergi klinik tu, doktor akan bagi ubat cair kahak dan ubat batuk Nilco Syrup. Doktor ada pesan ubat tu mengantuk. Jadinya memang saya minum bila perlu je sebab masih menyusukan Irdina.  Lepas dah ambil neb tu, legalah sikit rasa dan asma pun beransur-ansur pulih. Cuma batuk ambil masa sikit nak baik. Ikutkan nak cari ubat batuk yang tak mengantuk, tapi telan jelah Nilco Syrup tu bila batuk teruk.  Harapnya cepatlah baik batuk kali ni. Kadang-kadang batuk ni datang bila-bila masa je padahal tak selsema pun. Sampaikan berlarutan beberapa