Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Jalan-jalan Kelantan Januari 2019 Part 1

Lama sangat-sangat tak pergi Kelantan. Last time pergi tahun 2011 masa tu nak ambil adik habis belajar di USM Kubang Kerian. Pergi dengan family lalu Grik, Perak. Cantik pemandangan sepanjang perjalanan tu. Untuk trip 2019 ni kami lalu jalan Gua Musang. Pemandangan yang berbeza tapi tetap cantik.  Hari pertama 5 Januari 2019 Kami bertolak dari rumah hari Sabtu dalam pukul 7 pagi. Perjalanan lancar sebab kami ke Kelantan bukan masa cuti sekolah atau cuti umum. Kami melalui lebuh raya Karak dan keluar ke Bentong melalui jalan kampung. Memang tak bosan sepanjang perjalanan. Kami jangkakan perjalanan mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk sampai ke Gua Musang. Rupanya ada jalan by pass baru iaitu Bentong Bypass. Lebuh raya ini sepanjang 28.5 km dan jalannya selesa. Sedar tak sedar rupanya sebelum tengah hari kami dah sampai di Kota Bharu Kelantan.  Alang-alang dah tengah hari kami terus cari kedai untuk makan dulu. Destinasi kami adalah ke Pasar Siti Khadijah. Macam-ma