Lama sangat-sangat tak pergi Kelantan. Last time pergi tahun 2011 masa tu nak ambil adik habis belajar di USM Kubang Kerian. Pergi dengan family lalu Grik, Perak. Cantik pemandangan sepanjang perjalanan tu. Untuk trip 2019 ni kami lalu jalan Gua Musang. Pemandangan yang berbeza tapi tetap cantik.
Hari pertama 5 Januari 2019
Kami bertolak dari rumah hari Sabtu dalam pukul 7 pagi. Perjalanan lancar sebab kami ke Kelantan bukan masa cuti sekolah atau cuti umum. Kami melalui lebuh raya Karak dan keluar ke Bentong melalui jalan kampung. Memang tak bosan sepanjang perjalanan. Kami jangkakan perjalanan mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk sampai ke Gua Musang. Rupanya ada jalan by pass baru iaitu Bentong Bypass. Lebuh raya ini sepanjang 28.5 km dan jalannya selesa. Sedar tak sedar rupanya sebelum tengah hari kami dah sampai di Kota Bharu Kelantan.
Alang-alang dah tengah hari kami terus cari kedai untuk makan dulu. Destinasi kami adalah ke Pasar Siti Khadijah. Macam-macam jenis makanan dan menu ada di sini. Mak mertua ajak makan Laksam di salah satu kedai. Sedap dan banyak. Murah pun ya jugak. Selesai makan kami jalan-jalan sekejap di Pasar Siti Khadijah. Plannya nak beli keropok keping, keropok lekor dan pes tom yam. Jalan je dulu sebab nanti akan ke sini lagi.
Destinasi seterusnya kami menuju ke Pantai Irama Bachok. Ramai juga orang kat pantai waktu-waktu macam ni sebab cuaca dah agak redup diiringi angin pantai yang nyaman. Jalan-jalan sekejap kat sini, ambil gambar buat kenangan dan makan sikit. Pantai dia mengikut kata mertua saya dah banyak terhakis disebabkan ombak. Tepi-tepi pantai tu memang dah diletak batu-batu supaya proses hakisan dapat dilambatkan. Tak dapat turun tepi pantai. Huhu. Tapi takpe dekat-dekat sini juga ada satu lagi pantai yang kami plan nak pergi, Pantai Senok namanya. Nanti saya cerita lagi. Sebelum tu jomlah kita cari tempat untuk merehatkan badan setelah seharian berjalan. Esok ada agenda lain pulak. Hehehe
Hari kedua 6 Januari 2019
Hari ni plannya bawa mak mertua ke Pejabat Tanah Daerah Bachok untuk selesaikan beberapa perkara. Alhamdulillah urusan dipermudahkan walaupun belum selesai sepenuhnya tapi dapatlah tunaikan hasrat mertua untuk balik ke Kelantan. Pagi tu kami hanya menemani mertua berjumpa kawan-kawan dan saudara mara di kampung di Bachok. Balik rumah makan-makan lepas tu petang sikit kami ke pantai seterusnya di Pantai Senok. Perjalanan ke Pantai Senok tak jauh sangat dari kampung, masih di daerah yang sama juga. Sebenarnya pantai ni masih belum dikomersialkan untuk pelancongan. Pemandangan cantik sebab banyak pokok rhu yang ditanam dan nampak tersusun. Feeling-feeling macam kat Pulau Jeju hahaha. Tapi sayang juga sebab kawasan pantai penuh sampah-sampah yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Harap pihak majlis daerah dapat selesaikan masalah ini.
Macam biasa aktiviti kat pantai ambil gambar dan makan-makan. Irfan suka je jalan kat pasir pantai tapi Irdina nangis-nangis dengar bunyi ombak. Pertama kali bawa mereka ke pantai.
Rasanya macam ada tertinggal sikit hahaha maklumlah dah lama pergi baru nak update sini. Hahaha. Pagi lepas ke Pejabat Tanah kami ke Jelawat pergi pasar kat situ mertua beli ikan masin. Banyak juga membeli sebab ikan masin kat sini katanya kurang masin dan banyak pilihan. Kat pasar tu ada juga jual makanan dan kuih tempatan. Kononnya nak rasa etok salai. Sebab kat tepi-tepi jalan ramai yang jual. Beli lah sikit rasanya biasa-biasa je dan saiznya kecik daripada kerang.
Malam pulak husband ajak pergi Wakaf Che Yeh. Dah alang-alang ke Kelantan takkan tak pergi pula kan? Bila lagi dapat ke sini lagi. Kat sini macam-macam barang ada jual. Barang basah macam sayur dan buah pun ada. Pakaian, beg, tuala, selimut, kasut, mainan, macam-macamlah. Rambang mata dibuatnya. Hahaha. Kat sini kami makan mee celup dan nasi goreng daging merah. Tak banyak memborong sangat kat sini.
Dah penat berjalan, balik rumah dan tidur. Esok ada tempat lagi kami nak tuju. Sambung kat entri seterusnya.
Terima kasih sudi baca
Terima kasih sudi baca
Comments
Post a Comment