Skip to main content

Posts

Pindah Rumah

Diam tak diam dah hampir 2 tahun juga kami sekeluarga berpindah di kejiranan baru. Bagi aku kawasan ni sangat ok. Berdekatan dengan sekolah, mall, kemudahan awam pun dekat, pejabat pos, balai polis. Boleh kata kalau nak berjalan ke kedai runcit pun boleh lagi.  Anak-anak pun akan bersekolah tahun depan. Abang, 6 tahun dan adik, 5 tahun. Alhamdulillah dapat tadika satu tempat. Tahun lepas lagi dah daftarkan mereka. Ikutkan nak sekolahkan abangnya dulu tapi sebab lambat sangat daftar tadika, tempat dah penuh. Tahun ni memang selalu beringat untuk buat semua awal-awal.  Tahun ni boleh dikatakan tahun yang mencabar. Awal tahun lagi dunia diuji dengan kehadiran virus pandemik Covid19. Bermula di Wuhan, China dan akhirnya sampai di Malaysia bulan Februari. Mulanya kes tak banyak tapi bila angka semakin meningkat, Perintah Kawalan Pergerakan pun dilaksanakan pada 18 Mac 2020.  Melalut pulak hal masalah dunia hehehe. Apa pun persiapan sekolah anak-anak perlu difikirkan dan disediakan seawal mu
Recent posts

Jalan-jalan Kelantan Januari 2019 Part 2

Hari ketiga 7 Januari 2019 Awal pagi kami bangun sebab nak breakfast kat luar. Nak jugalah rasa makanan tempatan. Sambil tu bawak sekali baju kotor nak basuh kat dobi nanti. Tak jauh pun, kami ke pasar Bachok. Mungkin kami pergi dah agak lewat jadi pilihan pun dah tak banyak. Dapatlah makan nasi dagang, nasi kerabu, sate, boko pandan. Kami selalu je fail kalau bab jalan-jalan cari makan ni. Hahaha. Lepas dah breakfast dan basuh baju, kawan mertua jemput makan tapai ubi pulak kat rumah mereka. Bergeraklah kami. Sedap tapai ubi yang kawan mertua buat. Tapainya tak manis sangat. Kalau perut tak kenyang lagi mau banyak juga saya makan. Dulu-dulu memang peminat tapai. Sekarang je dah jarang sangat beli dan makan.  Petang tu pulak kami ziarah orang sakit. Lepas tu kami terus ke Pasar Siti Khadijah untuk memborong keropok kering. Petang dah jugak waktu tu banyak kedai dah nak tutup. Jadinya memang datang beli keropok je. Sempat juga jalan-jalan ke The Store yang berdekatan Pasar

Jalan-jalan Kelantan Januari 2019 Part 1

Lama sangat-sangat tak pergi Kelantan. Last time pergi tahun 2011 masa tu nak ambil adik habis belajar di USM Kubang Kerian. Pergi dengan family lalu Grik, Perak. Cantik pemandangan sepanjang perjalanan tu. Untuk trip 2019 ni kami lalu jalan Gua Musang. Pemandangan yang berbeza tapi tetap cantik.  Hari pertama 5 Januari 2019 Kami bertolak dari rumah hari Sabtu dalam pukul 7 pagi. Perjalanan lancar sebab kami ke Kelantan bukan masa cuti sekolah atau cuti umum. Kami melalui lebuh raya Karak dan keluar ke Bentong melalui jalan kampung. Memang tak bosan sepanjang perjalanan. Kami jangkakan perjalanan mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk sampai ke Gua Musang. Rupanya ada jalan by pass baru iaitu Bentong Bypass. Lebuh raya ini sepanjang 28.5 km dan jalannya selesa. Sedar tak sedar rupanya sebelum tengah hari kami dah sampai di Kota Bharu Kelantan.  Alang-alang dah tengah hari kami terus cari kedai untuk makan dulu. Destinasi kami adalah ke Pasar Siti Khadijah. Macam-ma

Kulit Muka Teruk Akibat Produk Beracun

Bila tersalah guna produk memang tak dapat di undur balik. Kesannya kulit muka jadi teruk dan rosak. Pengalaman seorang pengguna yang tersalah guna produk dan memilih untuk menggunakan Youth bagi memulihkan kembali kulit muka beliau. Saya kongsikan pengalaman pengguna. Alhamdulillah, selepas saya konsisten dengan Starter Set Youth kulit wajah saya semakin elok. Kulit wajah saya bermasalah semula selepas saya tersilap mencuba foundation yang tak sepatutnya dicuba. Huhu, sedih. 😭 Mujurlah, kesedihan saya tuh dah bertukar menjadi kegembiraan dengan kehadiran Youth. Syukur sangat akhirnya masalah kulit wajah saya beransur pulih, TQ Youth Shaklee. Kini, Youth telah mengembalikan keceriaan diri saya dan semestinya Youth dah pun buat saya tersenyum dengan gembira. 😍 Youth Starter Set 1. Pencuci Membersih dan menghaluskan kulit secara lembut untuk wajah yang lebih berseri. 2. Toner Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit. 3. Pelembap Melindungi, menyu

Bisnes Online Dengan Pendapatan Lumayan

Setiap orang pasti ada cita-cita untuk ada bisnes sendiri. Sama ada secara part time atau full time. Bukan apa, zaman sekarang ni memang kita sangat perlukan pendapatan tambahan disebabkan kos kehidupan yang tinggi.  Dengan kemudahan secara online, makin memudahkan bisnes untuk dibangunkan. Tak perlu ada kedai dulu baru boleh bisnes. Sekarang ni bisnes boleh dijalankan hanya di hujung jari je. Nampak tak betapa mudahnya bisnes zaman sekarang.  Nak buat bisnes pun kadang perlu juga kita pilih bisnes apa yang kita nak buat. Sama ada keluarkan modal yang banyak atau sikit. Saya nak ceritakan salah satu bisnes online yang mudah dikendalikan. Bisnes online yang mudah dikendalikan 1. Modal rendah • modal untuk menjadi ahli cuma RM65 saja. Selepas jadi ahli, boleh terus mulakan bisnes. 2. Ada sistem online, order online • pembelian boleh dilakukan secara online. Tak perlu keluar ke branch untuk pembelian. 3. Tak perlu pos, Shaklee yang poskan • kalau dah order online tu, pihak Shaklee boleh j

Tips Elak Badan Letih Ketika Hamil

Ibu yang mengandung sering mengalami keletihan pada awal-awal kehamilan dan semasa hampir melahirkan. Perasaan letih ni kadangkala menyebabkan ibu hanya mahu tidur saja. Tapi, apa yang menyebabkan perasaan letih melampau dikalangan ibu hamil ini?  Kenapa keletihan waktu mengandung 1. Trimester Pertama Perubahan hormon menyebabkan keletihan. Level hormon progesterone meningkat membuatkan ibu hamil lebih mengantuk. Badan kita juga bertambah kerja untuk bina darah merah yang digunakan untuk bawa nutrisi ke seluruh badan dan juga bayi.  2. Trimester ketiga Perubahan berat badan untuk tampung bayi. Kita dah semakin sukar bergerak dan tidur membuatkan badan letih. Macam mana nak elak keletihan ketika hamil 1. Tidur dan rehat yang cukup - dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Tidur pada awal waktu dan jangan buat kerja-kerja berat. Minta bantuan suami untuk selesaikan kerja-kerja rumah yang tertangguh.  2. Amalkan senaman - senaman penting juga tau untuk ibu hamil. Rujuk pada doktor sebelum me

Tips Penjagaan Mata Untuk Mengelakkan Rabun Tanpa Perlu Pembedahan

Mata adalah pancaindera yang sangat berharga dan perlu diberi perhatian. Dengan mata lah kita dapat melihat segala yang ada di dunia ini. Namun kadang-kadang kita hampir lupa untuk membelai mata kita seperti kita membelai kulit kita. Mata perlukan rehat juga. Bila mata rasa kering dan gatal, itu petanda mata perlukan penjagaan rapi.  Masalah mata yang biasa dihadapi adalah rabun jauh dan rabun dekat. Punca masalah rabun ni masih tidak dapat dikenalpasti. Sesetengah dari kita yang mempunyai mak atau ayah yang rabun, anak-anak berkecenderungan juga mengalami masalah yang sama. Namun ada beberapa tips yang dapat kita lakukan untuk mengelakkan masalah rabun ini. Tips penjagaan mata 1. Rehatkan mata. Bila mata penat, cuba alihkan perhatian kita untuk melihat pemandangan seperti pokok-pokok hijau, gunung-ganang, air laut atau tasik. Rehatkan mata kita sekurang-kurangnya 10 minit. 2. Elakkan aktiviti yang memberi ketegangan pada mata. Kalau boleh hadkan masa sama ada untuk menonton televisyen