Hari ketiga 7 Januari 2019
Awal pagi kami bangun sebab nak breakfast kat luar. Nak jugalah rasa makanan tempatan. Sambil tu bawak sekali baju kotor nak basuh kat dobi nanti. Tak jauh pun, kami ke pasar Bachok. Mungkin kami pergi dah agak lewat jadi pilihan pun dah tak banyak. Dapatlah makan nasi dagang, nasi kerabu, sate, boko pandan. Kami selalu je fail kalau bab jalan-jalan cari makan ni. Hahaha.
Lepas dah breakfast dan basuh baju, kawan mertua jemput makan tapai ubi pulak kat rumah mereka. Bergeraklah kami. Sedap tapai ubi yang kawan mertua buat. Tapainya tak manis sangat. Kalau perut tak kenyang lagi mau banyak juga saya makan. Dulu-dulu memang peminat tapai. Sekarang je dah jarang sangat beli dan makan.
Petang tu pulak kami ziarah orang sakit. Lepas tu kami terus ke Pasar Siti Khadijah untuk memborong keropok kering. Petang dah jugak waktu tu banyak kedai dah nak tutup. Jadinya memang datang beli keropok je. Sempat juga jalan-jalan ke The Store yang berdekatan Pasar Siti Khadijah. Makan malam terus kat gerai-gerai tepi jalan tu. Malam kami tak ke mana-mana sebab esoknya dah nak berkemas-kemas untuk balik ke Kuala Lumpur.
Hari keempat 8 Januari 2019
Pagi ni kami bangun awal siap-siapkan barang masuk ke kereta. Selepas bersalam-salam dengan tuan rumah dan berterima kasih atas kesudian mereka menumpangkan kami di rumah mereka, terus kami bergerak ke Pasar Siti Khadijah untuk membeli keropok lekor dan sedikit barang lagi. Settle membeli belah kami meneruskan perjalanan balik ke rumah.
Kalau ikutkan 4 hari di Kelantan memang tak cukup nak jalan-jalan banyak tempat. Tak puas rasanya hahaha. Tak banyak pun tempat kami pergi. InshaAllah ada rezeki kami datang lagi.
Comments
Post a Comment