Slim River, Perak satu daerah kecil di selatan Perak. Berdekatan dengan Tanjung Malim yang bersempadan dengan Selangor. Banyak sebenarnya tempat menarik di sini terutamya kawasan air terjun dan hutan yang masih terpelihara.
Beberapa bulan lepas saya berpeluang menghantar adik untuk program universitinya. Tak jauh dari rumah kami sebenarnya. Tapi ia agak jauh ke dalam dan lebih selesa kalau menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ingat lagi awal-awal dulu masa saya ke tempat ni jalan masih jalan tanah merah dan tidak bertar. Tapi sekarang jalan dah bertar dan memudahkan lagi perjalanan untuk ke tempat ni.
D' Pulau Tibang Ulu Slim
Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dari Slim River. Melalui penempatan orang asli dan kawasan hutan yang masih terjaga memang rasa nyaman dan tenang saja. Dari jauh terdengar deruan air sungai. Memang sangat mengujakan dapat pergi ke tempat macam ni. Tak ramai orang pun sebab kawasan persendirian.
Di sini ada disediakan bilik-bilik penginapan yang lengkap. Disediakan juga tempat untuk mengadakan seminar. Bilik air yang selesa dan semestinya sumber air dari sungai berdekatan.
Sesekali kalau nak lari dari hiruk pikuk kota, bolehlah datang dan menginap di sini sehari dua. Pasti tak menyesal dengan pemandangan dan keindahan alam yang disajikan di sini. Cuma mungkin untuk dapatkan makanan yang sedap tu agak sukar juga sebab kedai makan tak disediakan.
Tapi boleh je bawa bahan-bahan untuk memasak atau BBQ. Sesekali merasa kehidupan yang sederhana apa salahnya kan?
Aktiviti semasa di sini mungkin boleh rujuk kepada pihak pengurusan. Saya tak sempat pulak nak bertanya hari tu. Dan juga harga bilik pun tak sempat nak tanya 😅. Oh ya signal telefon kat dalam ni ada tapi agak lemah juga. Tapi kalau dah kat sini tak perlu kot rasanya nak mengadap phone sangat. Tengok pemandangan dan mandi sungai lagi happening.
Comments
Post a Comment