Skip to main content

Pengalaman Mengandung Dan Bersalin

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak adalah satu pengalaman indah bagi setiap ibu. Bukan semua wanita berpeluang merasai saat-saat ini. Bersyukurlah anda yang diberi peluang merasai momen indah ini. 

Saya nak share pengalaman saya sendiri sepanjang mengandung dan melahirkan anak. Saya hamil anak yang pertama pada umur saya 33 tahun. Awal-awal kehamilan alhamdulillah takde sebarang alahan. Makan pun selera je. Berat pun bertambah macam di pam-pam 😂. Sepanjang kehamilan pertama saya ambil Set Kehamilan Shaklee. Set ni terdiri daripada B Complex, Vitalea, SR Vita C Plus, Ostematrix, Omega Guard dan ESP. Setiap kali pergi check up risau juga kalau-kalau ada masalah kencing manis dan hb rendah. Tapi, alhamdulillah memang takde walaupun masa tu suka makan manis-manis 😂. 
Sampailah saat yang ditunggu-tunggu iaitu saat nak bersalin. Saya bersalin secara pembedahan disebabkan tulang pinggul yang kecil dan ketinggian kurang menyukarkan untuk bersalin normal. Masa tau nak kena bersalin czer tu, memang risaulah juga. Tapi bila tanya pengalaman adik bersalin czer, kuranglah sikit rasa risau tu. Alhamdulillah tepat jam 2:58 pada tarikh 11.2.2015 saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Irfan Bin Zulkiflee. Masa bersalin memang tak rasa sakit. Lepas dah hilang semua ubat bius tu, baru tau rasa sakit macam ditoreh dengan pisau 😅. Nak bangun pun sangat sakit. Seminggu juga ambil masa untuk betul-betul hilang rasa sakit. Alhamdulillah masa tu suami dan kakak ipar banyak membantu uruskan bayi yang masih kecil. 

Pengalaman bersalin memang tak dapat saya lupakan. Setiap anak, berbeza pengalamannya. Mungkin next entry saya akan kongsikan lagi secara detail pengalaman bersalin sebagai panduan bakal ibu di luar sana. 

Terima kasih sudi baca.


Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Slim River Perak

Slim River, Perak satu daerah kecil di selatan Perak. Berdekatan dengan Tanjung Malim yang bersempadan dengan Selangor. Banyak sebenarnya tempat menarik di sini terutamya kawasan air terjun dan hutan yang masih terpelihara.  Beberapa bulan lepas saya berpeluang menghantar adik untuk program universitinya. Tak jauh dari rumah kami sebenarnya. Tapi ia agak jauh ke dalam dan lebih selesa kalau menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ingat lagi awal-awal dulu masa saya ke tempat ni jalan masih jalan tanah merah dan tidak bertar. Tapi sekarang jalan dah bertar dan memudahkan lagi perjalanan untuk ke tempat ni. D' Pulau Tibang Ulu Slim Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dari Slim River. Melalui penempatan orang asli dan kawasan hutan yang masih terjaga memang rasa nyaman dan tenang saja. Dari jauh terdengar deruan air sungai. Memang sangat mengujakan dapat pergi ke tempat macam ni. Tak ramai orang pun sebab kawasan persendirian.  Di sini ada disediakan bili

5 Tips Untuk Kekal Konsisten Dalam Bisnes

Nak sentiasa kekal positif tu memang satu cabaran juga. Yelah kita manusia ada emosi yang sentiasa berubah-ubah. Tapi bila kita ada sebab untuk sentiasa rasa positif seperti nak tengok anak-anak gembira, pasti kita boleh kekalkan perasaan kita untuk sentiasa gembira juga. Macam dalam bisnes juga, perlu untuk kekal konsisten supaya apa yang telah kita usahakan tidak terhenti setakat itu saja. Saya kongsikan sidikit tips untuk kekal konsisten: 📝 Jadual ➡️ Perlu ada jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Jadual ni membantu kita untuk merancang tugas-tugas harian jadi takdelah kita hanyut.  📝 Keutamaan ➡️ Buat tugas yang penting dulu dan habiskan satu-satu tugas sebelum buat yang lain.  📝 Fokus ➡️ Yang ni paling penting sebab bila kita fokus kita akan lebih berjaya dan melakukan satu-satu tugas tu dengan lebih teliti. 📝 Motivasi diri ➡️ Selalu cakap kata-kata positif pada diri sendiri. Ini penting juga sebab bila kita baca walau sebaris ayat positif,

5 Kepentingan Facial Muka Kepada Kulit

Facial adalah satu rawatan wajah yang dilakukan untuk menjaga kebersihan, kesihatan dan kecantikan wajah. Biasanya ramai wanita yang melakukan facial di spa yang banyak menawarkan pakej-pakej menarik. Ada juga yang hanya melakukannya sendiri di rumah. Jika tak sempat untuk ke spa, ada juga perkhidmatan spa bergerak yang akan datang ke rumah untuk melakukannya di rumah sendiri.  Rawatan facial penting untuk memastikan kulit muka sihat. Wanita yang kerap melakukan facial akan mendapat kulit wajah yang lebih cerah, segar dan muda. Proses rawatan facial adakalanya mengambil masa yang agak lama.  Rawatan facial sangat penting kepada diri kita bagi kebersihan wajah. Kepentingan facial ini ada lima iaitu: 1. Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembap ✅ Membersihkan wajah menggunakan cara biasa sebagaimana kita selalu lakukan setiap hari, tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang ada di dalam kulit. Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembap secara menyeluruh. 

Batuk Berterusan Dan Ubat Batuk

Bila batuk ni memang penat dan rasa tak selesa. Beberapa bulan ni kerap pulak saya batuk dan selsema. Bila selsema mesti pakej dengan batuk sekali. Batuk ni lah yang paling lambat nak baik.  Selalu bila batuk saya akan kena asma juga. Memang kena ke klinik lah jawabnya ambil Nebulizer (Neb). Nasib baik juga klinik 1 Malaysia dekat dengan rumah. Bukak pulak sampai pukul 10 malam. Biasanya memang pergi malam sebab tunggu suami balik kerja.  Selalunya kalau pergi klinik tu, doktor akan bagi ubat cair kahak dan ubat batuk Nilco Syrup. Doktor ada pesan ubat tu mengantuk. Jadinya memang saya minum bila perlu je sebab masih menyusukan Irdina.  Lepas dah ambil neb tu, legalah sikit rasa dan asma pun beransur-ansur pulih. Cuma batuk ambil masa sikit nak baik. Ikutkan nak cari ubat batuk yang tak mengantuk, tapi telan jelah Nilco Syrup tu bila batuk teruk.  Harapnya cepatlah baik batuk kali ni. Kadang-kadang batuk ni datang bila-bila masa je padahal tak selsema pun. Sampaikan berlarutan beberapa