Rasa teruja juga bila pertama kali nak sediakan solid food untuk anak. Macam-macam persediaan yang dibuat oleh ibu semestinya. Macam saya juga, semangat cari resepi dan cara menyediakan makanan dengan mudah dan cepat. Maklumlah menguruskan dua orang anak yang masih kecil, memerlukan pengurusan masa yang betul 😂.
Solid food pertama Irdina adalah puree carrot. Cara penyediaan pun mudah je. Saya potong kecil-kecil carrot dan rebus sampai betul-betul empuk dan lembut. Tunggu sejuk kejap, lepas tu blend. Buat banyak boleh simpan kat bekas kecil-kecil dan frozenkan. Biasanya untuk satu-satu jenis makanan, saya gunakan 'four days rule'. Tengok kesesuaian solid food pada anak.
Sekarang ni Irdina pun dah berumur 11 bulan. Dah boleh perkenalkan solid food yang pelbagai. Macam hari ni, saya tambah 'chicken bone broth' versi baby dalam bubur dan kacang peas. Berselera juga anak makan. Yang penting solid food yang kita sediakan sendiri takde tambah gula, garam dan bahan perasa. Saya masih belajar lagi untuk sediakan makanan yang mudah dan sedap untuk anak-anak. Harapnya lepas ni dapatlah cuba resepi lain pulak 😊.
Sekarang ni pun banyak je homemade solid food yang dijual di pasaran. Ada yang frozen dan ada juga bahan kering. Semua ni untuk memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak. Kita boleh sesuaikan makanan yang kita biasa masak dalam versi baby. Contohnya pengganti garam, boleh guna ikan bilis dan cheese. Kadang-kadang resepi baby ni lagi sedap dari masakan kita 😊. Boleh cuba tau. Makanan sihat pun ya jugak.
Comments
Post a Comment