Bahagian kulit yang paling banyak terdedah kepada cahaya matahari adalah kulit wajah. Kulit wajah kita juga terdedah kepada pencemaran, radikal bebas, makanan yang tidak sihat dan rutin bekerja hingga lewat malam. Semua ini memberi tekanan kepada kulit. Penjagaan kulit yang optimum memang sangat diperlukan oleh wanita zaman sekarang.
3 Langkah Mudah Untuk Menjaga Kulit Wajah.
1. Sentuh
➡️ Untuk mengenali kulit, sentuh dan rasa teksturnya. Tahu di mana yang bermasalah dan di mana yang memerlukan bantuan.
2. Belai
➡️ Memanjakan kulit anda dengan menggunakan produk yang sesuai. Kebanyakan produk sekarang datang dengan teknik aplikasinya tersendiri. Bukan saja-saja tetapi kajian demi kajian dilakukan untuk mencipta teknik urutan atau aplikasi supaya bila digandingkan dengan produk, dapat memberikan hasil yang lebih efektif.
3. Urut
➡️ Cara paling mudah untuk menghilangkan tekanan dan detoks adalah dengan mengurut wajah sambil guna pelembap setiap hari. Ia turut membantu pertingkatkan aliran mikro, menambah oksigen pada darah dan tahap serapan kulit. Cara urutan paling berkesan adalah memberi tekanan lembut pada wajah, pedap-pedap dengan jari dan juga tekap-menekap. Jangan sesekali urut sambil tarik atau tolak ke bawah.
Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk anda dan saya juga. Jagalah kulit wajah kita kerana kita hanya ada satu wajah saja.
Comments
Post a Comment