Dalam banyak-banyak MLM di Malaysia ni, saya pilih Shaklee sebab saya sendiri memang pengguna Shaklee dan dah merasai sendiri kesannya kepada kesihatan saya. Jom baca 5 sebab kenapa saya pilih bisnes Shaklee.
1. Saya sendiri jadi pengguna Shaklee dan awalnya ambil set kesuburan untuk hamil. Dengan set inilah saya akhirnya berjaya hamil setelah menunggu selama 5 tahun. Saya teruskan ambil Shaklee semasa mengandung dan berpantang.
2. Saya yakin dengan produk Shaklee kerana ianya telah melalui pelbagai ujian dan kajian daripada universiti-universiti dan pihak ketiga. Bukan sekejap ujian yang dijalankan. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun.
3. Modal atau kos daftar ahli yang sangat minimum. Nak jadi ahli hanya perlu bayar RM68.90 dan akan dapat kit berkenaan produk. Dapat beli harga ahli yang mana jauh lebih murah daripada harga bukan ahli. Kalau rajin beli dan dapat kumpul UV yang banyak, dapat pulak bonus Shaklee bayar. Makan sendiri pun boleh dapat tau.
4. Produk Shaklee dijamin halal dan daripada sumber yang semulajadi. Memang kena pilih betul-betul produk yang selamat untuk jangka masa panjang dan kesihatan kita. Bila dah yakin, memang saya setia dengan Shaklee sampai sekarang. Dan saya nak lebih ramai lagi orang tau kebaikan Shaklee dan sama-sama sihat dengan pengambilan supplemen.
5. Bisnes Shaklee boleh dilakukan secara online. Tak perlu keluar beli barang dan pos kepada pelanggan. Pihak HQ akan uruskan pengeposan kepada pelanggan setelah pesanan dibuat di website Shaklee. Tapi kalau yang ada kenderaan dan boleh uruskan pembelian dan pengeposan sendiri, boleh je uruskan sendiri.
Bisnes apapun yang kita pilih, kita memang kena usaha sungguh-sungguh dan tak boleh duduk goyang kaki. Kena sentiasa share kat setiap sosial media yang ada. Semoga dengan usaha kita ni, dapat mengubah nasib kita sendiri.
Comments
Post a Comment