Tahun baru 2018 bakal tiba. Tahun yang diharapkan supaya lebih berjaya dan memberi kenangan manis kepada setiap insan. Ramai yang dah siap-siap tulis azam baru untuk 2018. Ada yang berjaya capai semua azam 2017. Tak kurang juga yang tulis balik azam yang sama untuk tahun 2018 😊.
Tak kisahlah tu. Janji setiap dari kita ada visi dan misi dalam hidup masing-masing. Baru terasa hidup lebih bermakna. Chewah..! Selalunya azam ni memang kita akan tulis tak kiralah dalam buku, handphone, pc, laptop, diari atau tab. Betul dah tu tapi lagi ok kalau kita tampal kat tempat yang kita boleh nampak. Macam vision board, iaitu teknik mencapai impian yang saya belajar dari mentor bisnes Shaklee. Selalu saya diingatkan supaya tulis vision board supaya boleh nampak dan lebih mudah untuk kita capai impian. Dari vision board lah kita usaha untuk dapat apa yang kita nak tu.
Untuk tahun 2018 ni, azam saya :
1. Nak buat bisnes Shaklee sampai berjaya. Dapat customer ramai. Naik naik rank supervisor.
2. Nak ada simpanan setiap bulan RM500.
3. Nak support semua ahli keluarga jalan-jalan makan angin.
4. Beli rumah sendiri hasil dari bisnes Shaklee.
5. Ada tabungan pelajaran untuk setiap anak.
6. Nak ada tabung untuk pergi haji.
7. Dapat beri duit RM1000 setiap bulan kepada mak, ayah dan mertua.
8. Belajar memasak resepi yang sedap untuk keluarga.
Eh, macam banyak lagi je azam nak tulis ni 😂. Ni antara azam penting untuk saya capai tahun 2018. Harapnya saya dapat buat apa yang saya tulis ni. Selamat tahun baru 2018!
Comments
Post a Comment