Bagaimana memilih B Complex yang baik?
✅ Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
✅ Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
✅ Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
✅ Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut air.
Antara kebaikan Vit B Complex :
🌹 Menukar makanan kepada tenaga.
➡️ bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan.
🌹 Melawan tekanan.
➡️ memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
🌹 Membantu tumbesaran.
➡️ menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
🌹 Rambut beruban dan gugur.
➡️ membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
🌹 Baik untuk mata.
➡️ mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian/fokus.
Sharing is caring.
Comments
Post a Comment