Balik kampung, yeay!. Minggu ni berpeluang balik kampung. Tak jauh mana pun kat Behrang, Perak. Kebetulan masa balik ni musim durian gugur. Dapatlah merasa makan durian kampung. Walaupun takda dusun buah sendiri, rezeki kawan ayah bagi buah dapatlah merasa sorang sikit.
Sekarang ni buah durian pun mahal kalau nak beli. Durian musang king RM45/kg. Orang yang berduit dan ada dusun, puaslah makan. Tempoyak pun boleh tahan harganya, 1 kg RM25.
Ingat lagi dulu durian jual longgok je. Puas makan kalau beli pun. Sekarang ni semua pun duit.
Comments
Post a Comment