Skip to main content

Jalan-jalan Cameron Highland

Dah lama sebenarnya pergi Cameron Highland ni. Bulan September hari tu. Kalau tak silap masa raya haji dan sambung cuti hari kemerdekaan. Pergi balik hari je masa ni sebab pergi pun tak plan. Tiba-tiba ayah saya ajak, jom pergi Cameron. Kami pun setuju je sebab memang dah lama sangat kot tak menjejakkan kaki ke Cameron Highland tu. 

Kami bergerak awal pagi dalam pukul 7.30 pagi macam tu. Awal-awal mak dan adik telah sediakan bekal untuk dibawa sekali. Kami melalui jalan Tapah untuk ke Cameron Highland. Jalannya memang agak mencabar. Alhamdulillah awal pagi jalan masih ok dan tidak terlalu sesak. 





Sampai Lata Iskandar, kami berhenti rehat sekejap untuk sarapan pagi. Makan bekal yang kami bawa, sandwich telur dan sardin. Dengan suasana yang sejuk dan nyaman ditambah dengan perut yang lapar ni, memang berseleralah kami makan. Dapatlah ambil gambar sekeping dua buat kenangan. Lepas dah kenyang tu, perjalanan diteruskan. Cadangnya nak ke Ladang Teh Sungai Palas. Terbayang dah keindahan ladang teh yang selalu tengok kat tv. Mesti best kalau dapat bergambar sambil minum teh di tengah-tengah ladang teh.




Tapi... Rancangan nak ke Ladang Teh Sungai Palas terpaksa dibatalkan 😢. Jalan sangat jem. Kereta terlalu banyak masa-masa cuti umum ni. Melepaslah nak ambil gambar yang cantik-cantik kat ladang teh. Sudahnya kami singgah kejap kat satu kedai makan ni. Tak ingat nama tempatnya. Tapi oklah sebab ada jugak tanaman strawberri. Makan dan minum sekejap kat sini. Order ais krim strawberri, teh susu strawberri, kopi susu strawberri dan scone. Masa ni dah tengah hari jadi ramai jugak yang singgah kedai makan ni untuk menjamu selera. 





Perjalanan kami diteruskan untuk mencari tempat cantik untuk bergambar. Jumpa satu tempat ni kalau tak silap Taman Agroteknologi Mardi. Masuk kena bayar tiket harga RM5 dewasa. Taman ni cantik sebab banyak bunga-bunga ditanam. Ada banyak tempat cantik untuk bergambar. Ladang teh pun ada dalam taman ni. Puas hati la juga walau tak dapat tengok Ladang Teh Sungai Palas. Cuaca masa ni redup je. Sejuk pulak tu, memang best je nak jalan. Kat sini beli pokok kaktus yang kecil-kecil tu dan teh pelbagai rasa. Lama juga kami kat sini. 





Dah puas bergambar dan jalan-jalan kat dalam Taman Agroteknologi Mardi, kami pun bersiap-siap untuk balik. Dalam perjalanan balik ni lah kami melalui pengalaman terkandas kat jalan disebabkan ada pokok tumbang kat tengah jalan. Dah malam pulak tu. Lama juga menunggu bantuan sampai untuk mengalihkan pokok yang tumbang tu. Hujan turun rintik-rintik. Akhirnya pukul 9 malam kalau tak silap baru perjalanan dapat diteruskan. Masing-masing dah penat. Kami singgah sebentar di masjid pekan Tapah untuk menunaikan solat. Sampai rumah dah pukul 12 juga. 

Walaupun percutian ni singkat, pengalaman dan saat-saat manis bersama keluarga tu yang paling best untuk dikenang. Bukan selalu kami dapat bercuti sama-sama. Mencipta kenangan adalah perkara paling indah dan manis dalam hidup kita. Ciptalah sebanyak mana kenangan bersama keluarga 😍. Selamat bercuti.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Slim River Perak

Slim River, Perak satu daerah kecil di selatan Perak. Berdekatan dengan Tanjung Malim yang bersempadan dengan Selangor. Banyak sebenarnya tempat menarik di sini terutamya kawasan air terjun dan hutan yang masih terpelihara.  Beberapa bulan lepas saya berpeluang menghantar adik untuk program universitinya. Tak jauh dari rumah kami sebenarnya. Tapi ia agak jauh ke dalam dan lebih selesa kalau menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ingat lagi awal-awal dulu masa saya ke tempat ni jalan masih jalan tanah merah dan tidak bertar. Tapi sekarang jalan dah bertar dan memudahkan lagi perjalanan untuk ke tempat ni. D' Pulau Tibang Ulu Slim Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dari Slim River. Melalui penempatan orang asli dan kawasan hutan yang masih terjaga memang rasa nyaman dan tenang saja. Dari jauh terdengar deruan air sungai. Memang sangat mengujakan dapat pergi ke tempat macam ni. Tak ramai orang pun sebab kawasan persendirian.  Di sini ada disediakan bili

5 Tips Untuk Kekal Konsisten Dalam Bisnes

Nak sentiasa kekal positif tu memang satu cabaran juga. Yelah kita manusia ada emosi yang sentiasa berubah-ubah. Tapi bila kita ada sebab untuk sentiasa rasa positif seperti nak tengok anak-anak gembira, pasti kita boleh kekalkan perasaan kita untuk sentiasa gembira juga. Macam dalam bisnes juga, perlu untuk kekal konsisten supaya apa yang telah kita usahakan tidak terhenti setakat itu saja. Saya kongsikan sidikit tips untuk kekal konsisten: 📝 Jadual ➡️ Perlu ada jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Jadual ni membantu kita untuk merancang tugas-tugas harian jadi takdelah kita hanyut.  📝 Keutamaan ➡️ Buat tugas yang penting dulu dan habiskan satu-satu tugas sebelum buat yang lain.  📝 Fokus ➡️ Yang ni paling penting sebab bila kita fokus kita akan lebih berjaya dan melakukan satu-satu tugas tu dengan lebih teliti. 📝 Motivasi diri ➡️ Selalu cakap kata-kata positif pada diri sendiri. Ini penting juga sebab bila kita baca walau sebaris ayat positif,

5 Kepentingan Facial Muka Kepada Kulit

Facial adalah satu rawatan wajah yang dilakukan untuk menjaga kebersihan, kesihatan dan kecantikan wajah. Biasanya ramai wanita yang melakukan facial di spa yang banyak menawarkan pakej-pakej menarik. Ada juga yang hanya melakukannya sendiri di rumah. Jika tak sempat untuk ke spa, ada juga perkhidmatan spa bergerak yang akan datang ke rumah untuk melakukannya di rumah sendiri.  Rawatan facial penting untuk memastikan kulit muka sihat. Wanita yang kerap melakukan facial akan mendapat kulit wajah yang lebih cerah, segar dan muda. Proses rawatan facial adakalanya mengambil masa yang agak lama.  Rawatan facial sangat penting kepada diri kita bagi kebersihan wajah. Kepentingan facial ini ada lima iaitu: 1. Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembap ✅ Membersihkan wajah menggunakan cara biasa sebagaimana kita selalu lakukan setiap hari, tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang ada di dalam kulit. Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembap secara menyeluruh. 

Batuk Berterusan Dan Ubat Batuk

Bila batuk ni memang penat dan rasa tak selesa. Beberapa bulan ni kerap pulak saya batuk dan selsema. Bila selsema mesti pakej dengan batuk sekali. Batuk ni lah yang paling lambat nak baik.  Selalu bila batuk saya akan kena asma juga. Memang kena ke klinik lah jawabnya ambil Nebulizer (Neb). Nasib baik juga klinik 1 Malaysia dekat dengan rumah. Bukak pulak sampai pukul 10 malam. Biasanya memang pergi malam sebab tunggu suami balik kerja.  Selalunya kalau pergi klinik tu, doktor akan bagi ubat cair kahak dan ubat batuk Nilco Syrup. Doktor ada pesan ubat tu mengantuk. Jadinya memang saya minum bila perlu je sebab masih menyusukan Irdina.  Lepas dah ambil neb tu, legalah sikit rasa dan asma pun beransur-ansur pulih. Cuma batuk ambil masa sikit nak baik. Ikutkan nak cari ubat batuk yang tak mengantuk, tapi telan jelah Nilco Syrup tu bila batuk teruk.  Harapnya cepatlah baik batuk kali ni. Kadang-kadang batuk ni datang bila-bila masa je padahal tak selsema pun. Sampaikan berlarutan beberapa