Setiap ibu mempunyai keinginan dan naluri untuk menyusukan anak. Selepas melahirkan bayi, ibu disarankan untuk terus memberikan susu ibu. Susu awal ibu atau kolostrum amat baik untuk bayi.
Penyusuan susu ibu banyak kebaikannya :
1. Susu ibu merupakan susu terbaik dan lengkap yang mempunyai semua khasiat yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan tubuh dan otak bayi.
2. Susu ibu dapat memenuhi keperluan bayi walaupun bayi tersebut premature. Nutrien dan khasiat akan disesuaikan mengikut keperluan bayi.
3. Susu ibu mengandungi antibodi yang dapat membantu bayi kekal sihat. Ini dapat mengelakkan alahan dan penyakit daripada menjangkiti bayi.
4. Kolostrum iaitu susu yang dihasilkan pada hari pertama selepas bayi dilahirkan membantu bayi mengeluarkan meconium daripada sistem percernaan.
5. Susu ibu bersifat steril, sentiasa berada dalam suhu yang sesuai, sentiasa tersedia dan ianya percuma.
6. Ibu dan bayi mempunyai ikatan yang sangat rapat melalui proses penyusuan.
7. Pada minggu pertama selepas bersalin, proses penyusuan sebenarnya banyak ibu memulihkan dan mengecutkan rahim kepada saiz asal. Tidak dinafikan proses ini akan terasa sedikit sakit akibat daripada pengecutan rahim tetapi ia membantu ibu pulih dengan lebih cepat selepas bersalin.
Ibu perlu mengambil makanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh penyusuan. Tidak digalakkan untuk mengambil minuman berkafein, merokok dan minuman beralkohol kerana ia akan diserap oleh badan dan bercampur dengan susu ibu.
Ada sesetengah ubat juga yang tidak digalakkan diambil oleh ibu menyusu. Sekiranya ibu sakit, perlu memberitahu kepada doktor yang ibu sedang menyusukan bayi. Biasanya doktor akan memberi ubat yang sesuai dengan situasi ibu.
Comments
Post a Comment