Setiap pasangan berkahwin sangat menanti-nantikan kehadiran zuriat sebagai pelengkap keluarga. Ada yang cepat dan tak kurang juga terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang lama. Untuk hamil, tubuh perlu bersedia dari segi fizikal dan mental.
7 Persediaan Sebelum Hamil
1. Ambil vitamin B
➡️ Asid folik satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. Kesan penyakit ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan mungkin mengalami masalah percernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.
➡️ Cadangan pengambilan asid folik ialah sebanyak 0.6 mg sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan.
2. Pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan
➡️ Kaya dengan vitamin C. Tubuh yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik dan sihat. Turut berperanan menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan dan sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel-sel tubuh.
3. Pentingnya makan ikan
➡️ Ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan. Ikan yang sesuai dimakan seperti tuna, tenggiri, tongkol dan kembung.
4. Karbohidrat lawan lemak
➡️ Tubuh ibu memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil. Ibu dinasihatkan agar mengambil banyak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil.
5. Perlu peningkatan darah
➡️ Ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 peratus. Bagi mengelakkan berlakunya masalah anemia, ibu disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan tersebut, daging merah, sayur-sayuran hijau, kekacang dan buah-buahan yang sudah dikeringkan.
➡️ Elakkan pengambilan kafein kerana kafein mengganggu penyerapan zat besi oleh tubuh.
6. Manfaat riadah
➡️ Senaman baik untuk menyihatkan tubuh badan. Lakukan senaman yang sesuai dengan keupayaan ibu. Salah satunya berjalan. Aktiviti ini dapat melancarkan peredaran darah.
7. Rahsia 8 gelas air sehari
➡️ Sepanjang tempoh kehamilan terutamanya pada peringkat permulaan, gejalan-gejala seperti loya dan muntah sering berlaku. Akibatnya air banyak keluar, jadi minum air yang banyak bagi menggantikan air yang hilang.
➡️ Selain itu, hormon progesteron dalam tubuh ibu akan meningkat semasa hamil. Keadaan inj menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat. Ibu akan berhadapan dengan masalah sembelit dan buasir. Umumnya, ibu digalakkan minum lapan gelas air masak setiap hari atau lebih.
Comments
Post a Comment