Salam hujung minggu! Biasanya waktu hujung minggulah masa untuk kita rehatkan fikiran daripada fikir pasal kerja kan? Dua hari nilah macam-macam plan dah buat. Untuk yang bekerja, dua hari ni memang ditunggu-tunggu.
Surirumah macam saya pun tertunggu-tunggu juga dua hari ni 😂. At least dapatlah berkumpul sekeluarga. Masa nilah saya dapat 'ME' time sekejap. Kalau tak ke mana-mana, saya suka baca buku, majalah atau novel.
Tapi, yang paling best bila dapat keluar jalan-jalan tengok alam semulajadi. Rasa tenang je dikelilingi bau rumput, suara burung berkicau, bunyi unggas, udara yang sejuk, pemandangan yang hijau dan dapat menghirup udara yang segar.
Bagi saya bila kita buat apa yang kita suka, kita akan lebih gembira dan berpuas hati. Bila fikiran tenang dan hati gembira, idea pun senang datang dan kita lebih bersemangat untuk melalui hari sibuk nanti.
Jom, manfaatkan hujung minggu dengan aktiviti yang kita suka.
Comments
Post a Comment