Setiap orang berimpian untuk melancong ke negara orang. At least sekali seumur hidup nak lah pergi luar dari Malaysia, kan?. Bukan je nak tengok negara orang, nak tau budaya sesuatu kaum dan rasa makanan kat tempat tersebut.
Saya sejujurnya masih belum berpeluang travel ke luar negara. Tapi kalau ada rezeki, saya nak melawat Europe 😊. Suka tengok kesan-kesan sejarah yang masih kekal di samping tempat-tempat menarik yang banyak di sana.
Saya suka baca kisah travel seorang blogger, Cik Epal namanya. Banyak negara yang beliau sudah lawati. Dan suka kongsi gambar-gambar percutian menarik di media sosial. Beliau seorang blogger sepenuh masa dan menjana pendapatan melalui blog saja.
Dengan berblog, banyak negara yang Cik Epal sekeluarga telah lawati. Dan ini sangat memberikan saya inspirasi. Buat apa yang kita suka buat kerana mungkin itu sumber pendapatan kita. Tak kisah apa pandangan orang, janji kita yakin dengan apa yang kita lakukan.
Impian saya, ingin mencipta kenangan dengan melawat negara orang. Mungkin satu hari nanti impian saya terlaksana. Siapa tau, kan? 😍
Comments
Post a Comment