Sekarang ni ramai yang makin sedar kepentingan penyusuan. Dulu-dulu tu bukan takde mak-mak yang menyusukan tapi isu ni sangatlah kurang dibincangkan. Banyak juga persatuan atau kumpulan sokongan berkaitan penyusuan diwujudkan. Memang membantu sangat untuk mak-mak yang pertama kali menyusukan anak.

Kenapa penyusuan penting kepada bayi dan ibu:
1. Penyusuan dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak.
2. Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Susu ibu juga mengandungi antibodi yang dapat menguatkan sistem imun bayi.
3. Susu ibu adalah percuma dan sentiasa tersedia dalam suhu yang sesuai di mana-mana sahaja.
4. Dengan penyusuan, dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim selepas bersalin.
5. Ibu dapat menjarakkan kehamilan sebab biasanya putaran haid akan sedikit lambat untuk kembali normal.
6. Emosi ibu dan bayi lebih stabil.
7. Menggalakkan pertumbuhan gigi dan gusi yang lebih sihat.
8. Mengurangkan risiko terkena cirit birit.
Beruntung sangat ibu yang diberi peluang menyusukan sendiri bayinya. InshaAllah setiap ibu mampu memberikan susu ibu untuk anaknya. Penting sangat cari ilmu berkenaan penyusuan. Sokongan daripada suami dan ahli keluarga juga sangat diperlukan. Nikmatilah saat-saat indah ini bersama dengan bayi.
Comments
Post a Comment