Shaklee effect yang paling memberi kesan pada saya semestinya kehadiran zuriat pertama 😍.
Saya berkahwin pada tahun 2009. Tahun demi tahun kami menunggu kehadiran cahaya mata. Namun harapan masih tinggal harapan. Pelbagai usaha juga telah dilakukan. Sampailah akhirnya saya diperkenalkan dengan Shaklee pada tahun 2014.
Saya dan suami ambil set kesuburan Shaklee. Saya ambil GLA, B Complex dan ESP. Suami ambil Zinc. Konsisten juga ambil set tersebut di samping ambil makanan sihat dan kurangkan ambil fast food. Tak sempat pun untuk top up balik supplemen, saya dapat berita gembira masa tu bulan Jun 2014 kalau tak silap. Akhirnya saya hamil! Gembira jangan cakaplah. Setelah hampir 5 tahun kami menunggu akhirnya dengan izin Allah, saya dapat merasai sendiri pengalaman mengandung. Alhamdulillah, dengan asbab pengambilan vitamin Shaklee.
Tak lama lepas kelahiran anak yang pertama, hadir pula zuriat yang kedua. Bersyukur sangat dengan rezeki yang diberikan.
Kami dah merasakan sendiri Shaklee Effect kepada kesihatan dan merubah kehidupan kami. Semestinya saya nak kongsikan kebaikkan ini kepada ramai lagi pasangan yang masih menantikan zuriat di luar sana.
Jom sama-sama kita sihat dengan Shaklee.
Comments
Post a Comment