Kadang-kadang bila kita buat bisnes ni, memang ada masanya kita rasa lemau. Rasa macam malaslah nak buat lagi sebab respon kurang. Ada masa juga macam tak tau nak buat apa dah untuk majukan lagi bisnes. Yelah bisnes sorang-sorang, online pulak tu ditambah lagi dengan tugas-tugas harian kat rumah. Memang kalau takde panduan, ke lautan dalam lah jawabnya.
Tapi, tak boleh biarkan lama-lama perasaan tu ada. Saya selalu fikir balik kenapa saya buat bisnes ni. Semestinya demi keluarga saya dan untuk hidup selesa berbanding sekarang ni. Anak-anak beberapa tahun lagi nak sekolah dan tentu memerlukan belanja yang tinggi. Dan yes, paling penting positif. Fikir positif selalu barulah kita rasa happy, rasa gembira dengan apa yang kita buat.
Saya suka fb walking dan baca kisah-kisah kejayaan orang lain, pengalaman mereka atau apa saja yang boleh boost balik semangat untuk terus bangun dan meneruskan bisnes. Kita bukan sorang-sorang kat dunia ni. Bila baca kisah mereka, ambil inspirasi dan aura yang positif.
Kawan-kawan sekeliling pun penting tau. Walaupun mengenali mereka secara online, at least kita dapat sama-sama bertukar fikiran dan berbincang. Saya suka ingat balik pesan mentor saya kalau masa-masa lemau melanda diri.
Buat apa pun, yang paling penting amalan rohani dan hubungan kita dengan PENCIPTA.
Inilah antara yang saya buat kalau rasa lemau. Korang pun mesti banyak lagi tips menarik dan best. Boleh juga kalau nak share 😍.
Comments
Post a Comment