Saya dan hospital memang bukan kawan baik. Tak suka makan ubat dan seriau kalau kena cucuk dengan jarum.haha. Nak kena operation, lagilah tak pernah terfikir pun.
Seingat saya pertama kali kena warded masa kena denggi. Seksanya rasa masa tu sebab setiap hari kena ambil darah. Tapi setakat ambil darah je oklah lagi.
Kali kedua, masa nak bersalinlah. Lepas tu kena pulak bersalin secara ceaser memang takut betul. Macam-macam terfikir kat kepala ni. Rahim nak kena bedah hoiii. Tapi, alhamdulillah berjaya juga melalui semua ni. Pengalaman yang memang takkan lupa sampai bila-bila.
Masa tu cuma terfikir nak tengok anak je. Bila tengok anak sihat, syukur alhamdulillah hilang semua sakit-sakit. Tak ingat dah macam mana perasaannya kat dalam OT room.
Kadang-kadang takut tu cuma perasaan kita je. Bila kita yakin dan fikir yang kita boleh buat, mudah je perjalanannya. Apa pulak fear factor korang? Share lah 😊.
Comments
Post a Comment