Hujung minggu datang lagi. Hari yang sangat ditunggu setiap orang. Apa aktiviti hari ni? Kalau berkesempatan tu bolehlah pergi taman yang berdekatan dengan korang. Banyak je aktiviti kat taman tasik tempat tumpuan ramai.
Macam kat Taman Tasik Titiwangsa, ada disediakan khidmat menyewa basikal, kasut roda, kereta kawalan jauh dan macam-macam lagi. Seronok tau kalau sesekali dapat pergi. Tapi dah lama jugak saya tak pergi sana 😅.
Kalau nak kata aktiviti sihat yang saya buat tu memang takdelah sangat. Hehe. Cuma turun naik tangga je kat rumah 😆. Di samping menghabiskan kerja-kerja rumah yang memang tak pernah habis tu. Hehe.
Tapi walaupun buat aktiviti kat rumah je, amalan pemakanan tetap saya ambil kira juga. Sekarang ni kalau masak memang rebus-rebus je atau masak sup. Mudah dan jimat masa sebenarnya. Kalau ayam tu memang suka beli bahagian dada. Kurang lemak. Ikan pulak kalau tak tau nak masak apa, saya suka bakar je.
Air manis pun dah jarang sangat minum. Kalau kat rumah hari biasa memang minum air masak je. Makan kat luar pun dah jarang sangat. Dalam sebulan tu adalah 2 atau 3 kali makan kat luar.
Untuk anak-anak pulak, memang takde tambah gula atau garam. Nak bagi sedap, boleh tambah perasa semulajadi seperti ikan bilis, madu, dan cheese. Ada juga beli baby food homemade untuk anak-anak.
Nak amalkan gaya hidup sihat tak susah sebenarnya. Kawal pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. Tak sepenuhnya, sikit-sikit pun membantu juga. Sambil tu boleh ambil supplemen sihat dan semulajadi dari Shaklee.
Comments
Post a Comment