Mula-mula buat bisnes memang perasaan malu tu sangat menebal dalam diri. Tapi demi nak buat sesuatu yang boleh mencabar kebolehan diri, saya teruskan juga. Bisnes online menjadi pilihan saya dan Shaklee adalah bisnes yang saya pilih.
Saya memang berazam bila dah mulakan sesuatu tu, saya akan teruskan juga. Banyak lagi yang saya perlu belajar untuk tingkatkan keyakinan diri ni. Walaupun ada cabaran di setiap jalan yang saya lalui, saya tak nak jadikan tu semua sebagai alasan untuk berhenti meneruskan bisnes ni.
Mungkin sekarang saya rasa susah nak bina bisnes ni. Tapi dengan kawan-kawan positif yang sentiasa memberikan sokongan, membuatkan saya selalu positif dalam membuat sesuatu.
Tak lupa juga keluarga yang sentiasa ada di sisi saya saat susah dan senang, sedih dan gembira. Mereka pembakar semangat saya. Seterusnya usaha dan tawakal. Kebergantungan saya hanya pada-Nya. Kerana DIA pemberi rezeki.
Korang yang nak mula bisnes, jangan teragak-agak untuk memulakan langkah pertama. Yakin dengan kebolehan yang kita ada.
Jom membina bisnes Shaklee bersama saya. Wasap saya ya.
Wasap link ➡️ http://tanyaIja.wasap.my/
Comments
Post a Comment