Saya memang suka membaca. Tapi sejak ada baby kecik ni dah jarang sangat dapat baca buku dengan tenangnya 😂. Mesti berebut dengan anak-anak buku tu. Rasanya buku terbaru yang saya baca adalah pada bulan September 2017. Haha lama kan?
Buku tu tajuk dia Badiuzzaman Said Nursi Pejuang Dan Pemikir Turki. Dah lama dah dapat buku ni sebenarnya tapi baru berkesempatan baca baru-baru ni.
Buku ni mengisahkan perjuangan Said Nursi dalam menegakkan dan menyebarkan agama islam di bumi Turki. Beliau dikurniakan dengan kebolehan mengingat yang sangat luar biasa. Apa saja yang dibaca akan cepat disimpan dalam ingatan beliau. Semestinya dengan kebolehan tersebut, beliau dicemburui oleh ramai orang.
Beliau sangat bijak berkata-kata dan berani. Banyak tempat yang telah dilawati di seluruh Turki semata-mata untuk mencari ilmu dan guru yang berkebolehan. Dan semestinya perjalanan hidup beliau tidak mudah. Sentiasa ada halangan dan dugaan.
Beberapa kali juga beliau dimasukkan ke dalam penjara akibat tuduhan menyebarkan fahaman islam yang boleh menggugat kerajaan. Tetapi akhirnya beliau dibebaskan kerana tiada bukti yang kukuh.
Beliau juga dapat melihat masa depan dan tau apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Beliau tau yang kubur beliau tidak akan ditemui oleh orang.
Bila dapat habiskan baca buku ni terasa kerdilnya diri ini. Apalah sangat dugaan dan kesusahan yang saya hadapi. Macam dalam bisnes ni, tak boleh putus asa dan memang kena sentiasa positif. Memang sangat memberi inspirasi. Harapnya dapatlah saya baca lagi buku-buku macam ni. Bila tu, tak dapat nak cakaplah.hahaha.
Comments
Post a Comment