Dalam tak sedar, Januari sudah melabuhkan tirainya di tahun 2018. Macam-macam kenangan manis dan pahit dah tercipta. Yang manis haruslah kena simpan elok-elok. Yang pahit pulak jadikan pengajaran supaya hidup kita lebih bermakna.
Rasanya sepanjang Januari ni banyak juga kenangan manis. Teringat satu peristiwa kat satu pasaraya. Tiba-tiba dapat ikan free 😆. Sebenarnya bukanlah free cuma cashier tersalah masuk ke plastik barang saya.
Saya pun memang tak perasan sebab orang ramai kat kaunter nak cepat. Balik rumah baru perasan ada ikan orang tersesat. Mungkin itu rezeki yang tak disangka-sangka atau ujian untuk saya.
Takpelah, ada hikmahnya juga sebab beberapa hari selepas tu ada tetamu datang rumah dan saya hidangkan ikan tu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk dihidangkan untuk tetamu.
Dalam hati sangat bersyukur. Rupanya inilah sebab kenapa saya dapat free ikan tersebut supaya dapat dikongsi dengan orang lain. Saya berfikir positif saja.
Kadang-kadang bila kita rasa susah, jangan sedih sebab Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap masalah kita. Yakinlah setiap niat kita yang ikhlas pasti akan dibalas dengan kebaikan.
Comments
Post a Comment