Untuk memulakan bisnes online ni tak susah pun sebenarnya. Ada smartphone dan line internet, dah boleh buat bisnes online. Cuma kadang-kadang ada fungsi smartphone yang agak terhad.
Saya memang menggunakan smartphone sepenuhnya. Dibantu oleh beberapa aplikasi yang sangat berguna. Ni antara aplikasi yang saya gunakan.
✅ Phonto
⁃ aplikasi untuk masukkan tulisan pada gambar. Buat simple poster pun boleh. Best sebab banyak tulisan yang cantik-cantik.
✅ Photogrid
⁃ untuk edit gambar, masukkan tulisan pada gambar. Satu lagi dia ada fungsi 'fit for insta' sebab ada sesetengah gambar yang tak boleh muat elok dalam insta. So, dia akan edit bagi muat-muat untuk letak dalam ig.
✅ BlogTouch
⁃ Aplikasi ini memudahkan untuk kita tulis blog untuk blogspot. Senang nak edit, masukkan gambar, masukkan link. Cuma untuk publish entry, kena guna browser. Ada juga pilihan untuk upgrade aplikasi ni dan berbayarlah semestinya.
✅ Buffer
⁃ Aplikasi ni saya suka sebab kita boleh schedule post kita untuk fb. Maksimum 10 post kalau tak silap. Boleh masukkan gambar, video atau link. So, kita boleh plan awal-awal apa update yang kita nak postkan ke fb.
✅ Whatsapp
⁃ Aplikasi ni memudahkan untuk saya berhubung dengan prospek dan ahli-ahli group bisnes. Dengan kawan-kawan dan family juga semestinya.
✅ Telegram
⁃ Kelas-kelas online banyak dijalankan melalui aplikasi telegram. Telegram ni special sebab dia ada cloud dia sendiri. Kita still boleh baca mesej-mesej terdahulu walaupun kita baru masuk satu-satu group tu. Kalau tukar hp pun, mesej dan gambar dalam group dan channel takkan hilang.
✅ Notes
⁃ Aplikasi yang memang dah tersedia dalam hp. Memudahkan saya untuk taip update dan nota-nota penting. Mudah untuk rujuk balik.
✅ PicSlit
⁃ Aplikasi untuk buat pecahan gambar dalam ig. Contohnya 3x3 so 1 gambar akan dipecahkan kepada 9 grid untuk kita upload kat ig.
Setakat ni tu jelah aplikasi yang saya guna. Banyak lagi sebenarnya yang belum explore. Yang ada ni pun, belum guna sepenuhnya.hahaha. Korang guna aplikasi apa? Sharelah mana tau boleh saya cuba pulak.
Comments
Post a Comment