Banyak betul cabaran dalam bisnes ni. Dulu masa bekerja adalah juga cuba-cuba buat part time jual macam-macam. Offline bisnes ni lagi ok sebenarnya sebab orang dah kenal kita. So customer tak ragu-ragu nak beli barang yang kita jual.
Online pulak pasaran lagi luas tapi persaingan pun banyak. Masing-masing ada cara sendiri untuk market produk mereka. Dan paling penting macam mana untuk dapatkan kepercayaan pelanggan.
Rasanya cabaran paling sukar adalah menghadapi kerenah customer yang pelbagai. Ada yang tanya sekejap je terus setuju nak beli. Ada juga yang tanya macam-macam tapi akhirnya tak jadi beli pulak.
Tapi setiap pertanyaan pun saya tetap akan jawab dan layan customer dengan baik. Kita tak tau dengan siapa kita berurusankan. Siapa tau dialah akan jadi customer tetap kita.
Apa pun saya tetap yakin pada rezeki. InshaAllah pasti ada rezeki lain yang akan datang.
Comments
Post a Comment