Selalunya hujung minggu memang hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap orang. Tak kisahlah surirumah, yang bekerja atau anak-anak. Masa ni lah dapat spend time lama sikit dengan keluarga berbanding hari-hari biasa.
Biasanya hujung minggu habiskan masa kat rumah je dengan anak-anak. Kalau ada rezeki lebih, kami sekeluarga balik ke kampung. Dapatlah anak-anak jumpa atok dan nenek. Seronok bila tengok diaorang happy.
Rasanya senyum dan gembira adalah salah satu terapi untuk menghilangkan stress lepas seharian bertungkus lumus dengan kerja. Payah ke nak gembira ni? Hmm entahlah. Kenalah cari bahagia dalam kehidupan.
Bila kita bahagia, kita rasa gembira dan fikir yang baik-baik je. Senyum tu mudah tapi untuk rasa gembira tu yang payah.
Eh, sebenarnya nak cerita lain. Hehehe. Memasak pun salah satu cara saya merehatkan diri daripada memikirkan hal-hal bisnes. Seronok bila dapat masak masakan kegemaran keluarga. Biarlah masakan tu ringkas je yang penting momen bersama keluarga tu yang mahal.
Dalam wishlist saya, nak pergi bercuti dengan family. Yang ni ambil masa sikitlah untuk direalisasikan. InshaAllah satu masa nanti.
Comments
Post a Comment