Salah satu filem yang saya suka tengok walau berkali-kali dan tak jemu, The Secret Life of Walter Mitty. Jalan cerita dia best dan sangat memberi inspirasi di samping lokasi pengambaran di sekitar Iceland. Terasa diri macam dah ada kat Iceland. Hahaha.
Jom baca kenapa saya suka filem ni. Walter Mitty ni seorang penulis di majalah Time, suka berangan dan selalu rasa rendah diri. Jabatan tempat beliau ditempatkan juga boleh dikatakan agak tidak penting. Satu hari tu bahagian pengurusan ingin merombak semula organisasi majalah Time. Adalah perubahan yang pengurusan baru nak buat.
Masa ni lah bermulanya adventure Walter Mitty. Daripada seorang yang hanya berangan beliau mula melalui sendiri adventure dan jadi seorang yang penting dalam organisasi beliau. Misi beliau adalah mencari gambar yang hilang untuk edisi khas Time. Gambar ni pulak daripada jurugambar bebas dan jurugambar ni juga seorang yang suka mengembara.
Pelbagai halangan berjaya beliau hadapi. Dan akhirnya beliau berjaya dapatkan kembali gambar yang hilang tu dan tanpa beliau sangka Walter Mitty lah orang dalam gambar tersebut.
Macam tu lah juga dalam hidup kita. Kita takkan tau apa potensi diri kalau kita tak lalui setiap cabaran dan tak berani ambil risiko. Filem ni betul-betul memberi inspirasi pada saya. Tak perlu jadi orang yang penting untuk berjaya. Kerana setiap orang ada potensi sendiri.
"Stop dreaming. Start living".
Comments
Post a Comment