Shaklee adalah salah satu syarikat nutrisi yang sentiasa mementingkan alam sekitar dan keselamatan produknya. Di Shaklee masa hadapan yang lebih baik adalah tujuan utama Shaklee menghasilkan produk yang berkualiti.
Produk yang berkualiti terbukti dengan kajian demi kajian yang dilakukan sejak dari peringkat biji benih hinggalah kepada pengeluaran sesuatu produk.
Selama 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa, mencipta inovasi melalui sains dan menggunakan alam semula jadi sebagai penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
Keistimewaan Shaklee berdasarkan 3 prinsip:-
✅ Selamat.
➡️ Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti dan itulah yang Shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan standard Shaklee tiada tandingan.
✅ Berkesan
➡️ Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik.
✅ Terbukti
➡️ Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.
Selain daripada 3 prinsip ini, Shaklee turut menggalakkan kita untuk hidup lebih sihat dengan menyarankan 3 gaya hidup sihat iaitu:-
✅ Makan secara sihat.
➡️ Pelan pemakanan sihat anda termasuklah pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh, dan produk susu bebas lemak atau rendah lemak.
✅ Bersenam dan capai berat yang sihat.
➡️ Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
✅ Suplemen secara bijak.
➡️ Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah.
➡️ Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.
➡️ Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega-3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.
➡️ Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mengambil anti oksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena.
➡️ Pastikan pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12 untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.
➡️ Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.
Inilah antara keistimewaan Shaklee. Buatlah pilihan yang terbaik untuk hidup yang lebih sihat dan hebat.
The choice is yours. Indeed. Sebabtu suka Shaklee
ReplyDeleteSetuju. Buat pilihan dengan bijak.
ReplyDelete