Kalsium diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang yang sihat. Ketumpatan tulang akan berkurang seiring dengan peningkatan usia seseorang. Mengikut kajian, selepas umur 40 tahun kepadatan tulang mula menurun dengan cepat.
Oleh itu kita disarankan untuk mengambil supplemen kalsium untuk mengekalkan ketumpatan tulang pada tahap yang optimum.
Ostematrix merupakan supplemen yang mengandungi kandungan kalsium tinggi. Sebiji Ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu berkalsium tinggi juga bersamaan dengan 80 biji badam. Ostematrix membekalkan 1000 mg kalsium.
Kalsium Shaklee dihasilkan daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ostematrix kalsium terdiri daripada kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malate.
✅ Kalsium karbonat - sebatian berasaskan alkali yang terdapat dalam batu, batu kapur, kerang haiwan laut, mutiara, kulit telur dan siput. Ia memegang salah satu kepekatan paling tinggi untuk unsur kalsium (35-40%) tetapi tidak tinggi bioavailabiliti dan memerlukan pengeluaran asid perut tambahan untuk diserap.
✅ Kalsium sitrat - mempunyai asas asid. Dengan ini perut tidak memerlukan pengeluaran asid perut yang banyak yang membolehkan ia diserap dengan lebih baik.
✅ Kalsium citrate malate - kalsium larut air. Mempunyai tahap bioavailabiliti yang lebih tinggi kerana larut dalam air.
Inilah antara kelebihan kalsium yang ada dalam Ostematrix Shaklee. Jom jaga tulang kita dari sekarang!
Comments
Post a Comment