Percayalah kepada rezeki yang telah ditentukanNYA. Tugas kita adalah berdoa dan berusaha sebaiknya. Selepas itu berserah dan redha kepada ketentuan Allah yang Maha Pemberi. Jangan pula hanya berharap rezeki akan datang bergolek atau turun sendiri dari langit.
Kita sentiasa diberi peluang untuk berusaha dapatkan sesuatu. Bumi Allah ni luas. Pergilah ke mana pun untuk mencari rezeki kerana setiap dari kita telah ditentukan rezekinya. Tinggal kita je nak cari gali peluang.
Ada peluang diterima bekerja di syarikat besar walaupun bukan jawatan yang kita harap-harapkan, pergilah. Mungkin di situ rezeki kita.
Ada peluang belajar dan buat bisnes walaupun takde pengalaman langsung, ambillah. Mungkin di situ rezeki kita.
Kita takkan tau dimana tempat yang lebih berjaya kalau kita tak cuba dan buat. Jangan takut untuk gagal sebab dari kegagalan lah kita akan belajar sesuatu dan memperbaikinya. Pasti yang terbaik akan datang selepas kita berjaya melaluinya.
Comments
Post a Comment