Kalau yang berbisnes tu mesti terkejar-kejar dengan masa. Macam-macam perkara yang perlu diuruskan. Saya kongsikan 10 tips menguruskan masa:
✅ Rancang jadual harian.
➡️ Rancang jadual aktiviti harian adalah penting kerana kehidupan kita menuntut kita meluangkan masa untuk bersama diri sendiri, keluarga dan juga untuk Allah SWT. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita. Anda boleh mulakan hari anda dengan melakukan kerja-kerja yang paling penting di awal pagi. Anda juga boleh rancang jadual anda pada hari atau minggu sebelumnya.
✅ Tetapkan had masa untuk setiap tugas.
➡️ Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan. Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih masa untuk memeriksa tugasan anda. Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.
✅ Tahu deadline anda.
➡️ Set tarikh akhir (deadline) untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa. Melakukan tugasan tanpa tahu tarikh akhirnya seperti anda tidak tahu arah tuju atau kesudahan tugasan tersebut. Ini menyebabkan anda akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
✅ Belajar untuk berkata “TIDAK”.
➡️ Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda. Kadang-kadang, bila kita berani mengatakan tidak kepada ajakkan kawan-kawan, atau kepada perkara-perkara yang tidak memberikan kesan besar kepada kita, kita boleh gunakan masa tersebut untuk perkara yang lebih memberikan kebaikan kepada kita.
✅ Teknik 15 minit lebih awal.
➡️ Dalam telefon bimbit, kita boleh setkan ‘reminder’ untuk memberi peringatan kepada kita tentang jadual dan waktu yang tepat. Ada orang menggunakan kaedah menetapkan waktu jam 15 minit lebih awal dari waktu sebenarnya supaya kita lebih berdisiplin dan mengelakkan dari terlambat.
✅ Fokus.
➡️ Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan. Untuk membantu anda fokus, anda boleh kurangkan gangguan di sekitar anda.
✅ Jejaki masa yang dihabiskan.
➡️ Lihat kembali pencapaian masa yang telah kita gunakan dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Ramai antara kita tak pernah “keep track” berapa banyak masa yang kita gunakan untuk selesaikan sesuatu perkara.
✅ Tidak kecoh dengan perkara-perkara tidak penting.
➡️ Ramai antara kita selalu menyalahgunakan masa dengan kecoh dengan perkara-perkara yang tak ada kena mengena dengan kita. Cuba elakkan melibatkan diri dengan perkara yang tidak berkaitan dengan kita.
✅ Jangan lupa untuk berehat.
➡️ Anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik. Tidur sebentar juga boleh membantu kita menjadi lebih efektif, Rasulullah juga mengamalkannya.
✅ Jangan mudah terpedaya.
➡️ Masa bergerak sangat pantas. Kadang-kadang tanpa kita sedar, hari dah menjelang petang sedangkan banyak lagi perkara yang kita tak lakukan. Orang berjaya dalam hidup sangat menghargai masa. Tujuan mereka kaya dan berjaya ialah supaya mereka ada lebih banyak masa untuk diluangkan dengan Allah SWT dengan diri sendiri dan keluarga.
Comments
Post a Comment