Skip to main content

Harapan Saya Untuk Hidup Lebih Selesa Dengan Bisnes Online

Saya tak pandai bercerita apatah lagi mengarang ayat yang menyentuh hati orang. Tapi apa yang saya tulis adalah dari hati saya. 

Bermula kehidupan sebagai seorang surirumah adalah pilihan saya. Masa saya dan suami bekerja dulu kehidupan kami agak selesa. Bila sorang je bekerja, segala perbelanjaan kena berjimat. 

Masa saya berhenti kerja tu saya memang takde side income, takde part time bisnes. Apa yang saya fikir adalah untuk jaga sendiri anak saya. 

Masa berlalu. Saya mengandung anak kedua. Masa ni kewangan keluarga kami semakin terhad. Baru saya terfikir untuk buat sesuatu, buat bisnes. Paling senang secara online. Lama saya fikir tau. Sebab saya tak berani nak mulakan langkah pertama dan sebenarnya saya malu untuk berbisnes. 

Sampailah lepas bersalin dan habis berpantang, baru saya ada keyakinan sikit untuk buat bisnes tapi perasaan malu tu masih ada. Saya mula update di fb tentang bisnes Shaklee. 

Bila dah lama berada dalam comfort zone, saya tak pernah terfikir kehidupan akan jadi terlalu sukar bila kewangan terhad. Bila melaluinya sendiri, baru saya mula menghargai segala perkara yang ada di sekeliling saya. Namun hidup perlu diteruskan. Saya perlu ada pendapatan untuk jadikan kehidupan keluarga kami lebih selesa. 

Anak-anak nak merasa masakan sedap yang saya masak.
Anak-anak nak ada pakaian baru.
Anak-anak nak jalan-jalan tengok tempat orang.
Anak-anak nak bersekolah di sekolah terbaik. 
Anak-anak nak selalu balik kampung jumpa atok dan nenek.

Saya sendiri ada impian yang belum tercapai untuk diri sendiri, mak, ayah, mak mertua, adik beradik dan keluarga. 

Saya takkan pernah putus asa untuk membangunkan bisnes Shaklee. Walau berkali-kali jatuh, saya akan terus bangun. Dan ayat mentor yang saya ingat; "percaya sebelum berjaya". Saya yakin dengan usaha saya. 

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Slim River Perak

Slim River, Perak satu daerah kecil di selatan Perak. Berdekatan dengan Tanjung Malim yang bersempadan dengan Selangor. Banyak sebenarnya tempat menarik di sini terutamya kawasan air terjun dan hutan yang masih terpelihara.  Beberapa bulan lepas saya berpeluang menghantar adik untuk program universitinya. Tak jauh dari rumah kami sebenarnya. Tapi ia agak jauh ke dalam dan lebih selesa kalau menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ingat lagi awal-awal dulu masa saya ke tempat ni jalan masih jalan tanah merah dan tidak bertar. Tapi sekarang jalan dah bertar dan memudahkan lagi perjalanan untuk ke tempat ni. D' Pulau Tibang Ulu Slim Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dari Slim River. Melalui penempatan orang asli dan kawasan hutan yang masih terjaga memang rasa nyaman dan tenang saja. Dari jauh terdengar deruan air sungai. Memang sangat mengujakan dapat pergi ke tempat macam ni. Tak ramai orang pun sebab kawasan persendirian.  Di sini ada disediakan bili

5 Tips Untuk Kekal Konsisten Dalam Bisnes

Nak sentiasa kekal positif tu memang satu cabaran juga. Yelah kita manusia ada emosi yang sentiasa berubah-ubah. Tapi bila kita ada sebab untuk sentiasa rasa positif seperti nak tengok anak-anak gembira, pasti kita boleh kekalkan perasaan kita untuk sentiasa gembira juga. Macam dalam bisnes juga, perlu untuk kekal konsisten supaya apa yang telah kita usahakan tidak terhenti setakat itu saja. Saya kongsikan sidikit tips untuk kekal konsisten: 📝 Jadual ➡️ Perlu ada jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Jadual ni membantu kita untuk merancang tugas-tugas harian jadi takdelah kita hanyut.  📝 Keutamaan ➡️ Buat tugas yang penting dulu dan habiskan satu-satu tugas sebelum buat yang lain.  📝 Fokus ➡️ Yang ni paling penting sebab bila kita fokus kita akan lebih berjaya dan melakukan satu-satu tugas tu dengan lebih teliti. 📝 Motivasi diri ➡️ Selalu cakap kata-kata positif pada diri sendiri. Ini penting juga sebab bila kita baca walau sebaris ayat positif,

5 Kepentingan Facial Muka Kepada Kulit

Facial adalah satu rawatan wajah yang dilakukan untuk menjaga kebersihan, kesihatan dan kecantikan wajah. Biasanya ramai wanita yang melakukan facial di spa yang banyak menawarkan pakej-pakej menarik. Ada juga yang hanya melakukannya sendiri di rumah. Jika tak sempat untuk ke spa, ada juga perkhidmatan spa bergerak yang akan datang ke rumah untuk melakukannya di rumah sendiri.  Rawatan facial penting untuk memastikan kulit muka sihat. Wanita yang kerap melakukan facial akan mendapat kulit wajah yang lebih cerah, segar dan muda. Proses rawatan facial adakalanya mengambil masa yang agak lama.  Rawatan facial sangat penting kepada diri kita bagi kebersihan wajah. Kepentingan facial ini ada lima iaitu: 1. Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembap ✅ Membersihkan wajah menggunakan cara biasa sebagaimana kita selalu lakukan setiap hari, tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang ada di dalam kulit. Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembap secara menyeluruh. 

Batuk Berterusan Dan Ubat Batuk

Bila batuk ni memang penat dan rasa tak selesa. Beberapa bulan ni kerap pulak saya batuk dan selsema. Bila selsema mesti pakej dengan batuk sekali. Batuk ni lah yang paling lambat nak baik.  Selalu bila batuk saya akan kena asma juga. Memang kena ke klinik lah jawabnya ambil Nebulizer (Neb). Nasib baik juga klinik 1 Malaysia dekat dengan rumah. Bukak pulak sampai pukul 10 malam. Biasanya memang pergi malam sebab tunggu suami balik kerja.  Selalunya kalau pergi klinik tu, doktor akan bagi ubat cair kahak dan ubat batuk Nilco Syrup. Doktor ada pesan ubat tu mengantuk. Jadinya memang saya minum bila perlu je sebab masih menyusukan Irdina.  Lepas dah ambil neb tu, legalah sikit rasa dan asma pun beransur-ansur pulih. Cuma batuk ambil masa sikit nak baik. Ikutkan nak cari ubat batuk yang tak mengantuk, tapi telan jelah Nilco Syrup tu bila batuk teruk.  Harapnya cepatlah baik batuk kali ni. Kadang-kadang batuk ni datang bila-bila masa je padahal tak selsema pun. Sampaikan berlarutan beberapa