Sebagai seorang SID saya perlu banyak cari ilmu tentang kesihatan. Bagus juga sebenarnya sebab saya akan lebih mendalami ilmu kesihatan ni. Dulu cita-cita nak jadi doktor tapi tak dapat. Hehehe. Mungkin jodoh saya masih ada dalam bidang perubatan dan dipertemukan dengan Shaklee.
Dalam group besar Shaklee sendiri, ramai SID yang mempunyai latar belakang pekerjaan yang berbeza. Mereka ada yang bekerja dalam bidang profesional dan tak lokek berkongsi ilmu yang mereka ada.
Banyak kelas online diadakan untuk mengupas tajuk-tajuk berkaitan sesuatu penyakit dan kebaikan setiap supplemen Shaklee. Kelas ni dijalankan oleh SID atau nutritionist Shaklee.
Bukan tu je, info tentang supplemen boleh juga didapati daripada laman web Shaklee. Banyak info dalam bentuk PDF yang memudahkan untuk download dan print.
Buku panduan produk Shaklee pun banyak info dalam tu. Memang akan sentiasa rujuk buku ni. Segala jurnal dan landmark study pun boleh didapati secara online.
Bila semakin banyak tau tentang Shaklee, saya memang yakin sangat dengan setiap produknya. Bukan testimoni biasa yang Shaklee terbitkan. Segalanya ada ujian dan kajian serta disokong dengan fakta.
Dan kajian ni semua bukan Shaklee yang buat sendiri tau. Shaklee lantik pihak ketiga untuk jalankan kajian. Sama ada keputusan kajian berpihak atau tidak pada Shaklee, hasil kajian tetap akan diterbitkan.
Walaupun sekiranya ada kontroversi tentang Shaklee, saya takkan mudah percaya sebab Shaklee diyakini selamat.
Comments
Post a Comment