Berpuasa sebenarnya tidak menghalang kita untuk melakukan aktiviti biasa. Rutin harian tetap sama bezanya kita tak makan dan minum sepanjang hari. Ada beberapa tips yang boleh dibuat untuk sentiasa kekal bertenaga:
☑️ Minum banyak air masak
Air masak sangat penting untuk tubuh kita kekal sihat. Minum banyak air masak semasa sahur dan berbuka puasa.
☑️ Ambil makanan sihat semasa sahur.
Makan makanan yang tinggi serat dan protein semasa bersahur. Perut akan lambat rasa lapar. Nak mudah boleh ambil ESP dan Meal Shakes.
☑️ Lakukan senaman ringkas.
Untuk elakkan rasa lemau dan mengantuk, boleh je buat senaman dan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
☑️ Bersiar-siar di taman
Biasanya waktu hujung minggu lah baru dapat luangkan masa dengan family kan? Apa kata buat aktiviti luar yang dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Semoga tips ini dapat membantu!
Comments
Post a Comment