Bila diumumkan GST akan dimansuhkan hari tu, rasa lega juga. Bermula bulan Jun harga barang kembali kepada asal sebelum GST. Dalam hati berharap harga akan semakin rendah.
Tapi lain pulak jangkaannya. Walaupun GST takde, harga barang dijangka akan naik lebih tinggi. Betul atau tak, kita tengoklah sendiri lepas ni.
Bagi saya GST ada atau tak, harga barang memang dah makin meningkat. Nilai duit tu dah jadi makin kurang. Dulu RM50 boleh beli macam-macam. Sekarang kalau bawak RM50 tu boleh kira berapa je barang boleh beli.
Jadinya tak perlulah nak berbelanja sakan atas alasan GST dimansuhkan. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni memang nak kena sentiasa berjimat. Beli apa yang perlu saja.
Kita tak boleh nak ubah ekonomi negara tapi kita boleh ubah ekonomi keluarga kita dengan berbelanja secara berhemah dan buat simpanan untuk masa-masa kecemasan.
Comments
Post a Comment