Skip to main content

4 Tips Lindungi Kulit Daripada Bahaya Sinaran UV



Cahaya matahari bagus untuk kulit kerana ia membekalkan vitamin D. Tapi cahaya matahari yang terbaik adalah pada awal pagi iaitu sebelum pukul 10 pagi. Kalau nak dapatkan vitamin D semulajadi, boleh keluar awal dari rumah ya. 

Cahaya matahari yang dapat menembusi kulit kita ni terdiri daripada UVA dan UVB. 

UVA

UVA ialah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit dan menyebabkan kerosakan kulit seperti penuaan, berkedut, kulit kusam, jeragat, jerawat dan pelbagai lagi masalah kulit.
UVA paling bahaya sebab ia dapat menembusi lapisan kulit dermis. Ia akan menyebabkan penuaan dan kedutan di kulit. 

UVB

UVB pula ialah sinaran UV yang menyebabkan kulit sunburn, kulit menjadi gelap dan terbakar. UVB diserap oleh lapisan kulit epidermis yang akan menyebabkan sunburn. 

Nampak tak betapa pentingnya kita perlu lindungi kulit kita ni daripada sinaran UVA dan UVB. Ada 4 tips yang boleh diamalkan untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari.

1. Elakkan berada di bawah panas mentari terik pada pukul 10 pagi hingga 4 petang.



2. Gunakan payung atau topi untuk elak cahaya matahari terus kepada kulit.


3. Pakai krim pelindung UV yang mempunyai SPF 30 ke atas.


4. Ambil suplemen antioksidan untuk menyekat radikal bebas daripada merosakkan kulit.


Terdapat banyak pilihan sunblock di pasaran. Ada yang mempunyai SPF rendah hinggalah yang paling tinggi. Bagi saya, setiap sunblock pun bagus dan mempunyai fungsi untuk melindungi kulit. Tapi sebelum membuat pilihan untuk membeli apa-apa sunblock, kita mestilah membuat kajian terlebih dahulu. 

Antara tips untuk memilih sunblock terbaik.

1. Dihasilkan daripada bahan semulajadi.

• penting untuk kita mengetahui kandungan bahan yang ada dalam produk tersebut. Nak selamat, pilihlah yang menggunakan bahan-bahan semulajadi.

2. SPF50

• pilih sunblock yang mempunyai perlindungan SPF50. Sunblock yang mempunyai SPF yang tinggi dapat melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB.

3. Melindungi kulit daripada UVA dan UVB

• tak semua sunblock dapat melindungi kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB. Jadi, buat pilihan yang terbaik supaya kulit kita terlindung daripada sinaran UV ini. 

Age Defense Moisturizer - SPF50 - dari Youth




Pelembap yang merangkap sunblock ini mempunyai perlindungan berspektrum luas. Ia mengandungi SPF50. 

Bahan-bahan

➡️ Muscadine Grape

Mengandungi polifenol untuk melindungi dan membaiki DNA sambil menghalang kolagen & elastin dari kerosakan.

➡️ Laminara (Alga Hijau)

Melegakan, regenerasi dan memberi oksigen kepada sel kulit.

➡️ Alteromonas (Alga Hijau)

Memainkan peranan penting untuk memperbaiki dan meremajakan kulit, serta bertindak sebagai penghalang
untuk melindungi kulit.

➡️ Kacang Pis

Memelihara protease daripada mendegradasi protein kulit seperti kolagen dan elastin, menjadikan kulit anda lebih tegang
dan anjal.

Untuk membuat pembelian boleh hubungi saya di talian 012-6936480 (whatsapp/sms).

Pengedar Shaklee Gombak











Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Slim River Perak

Slim River, Perak satu daerah kecil di selatan Perak. Berdekatan dengan Tanjung Malim yang bersempadan dengan Selangor. Banyak sebenarnya tempat menarik di sini terutamya kawasan air terjun dan hutan yang masih terpelihara.  Beberapa bulan lepas saya berpeluang menghantar adik untuk program universitinya. Tak jauh dari rumah kami sebenarnya. Tapi ia agak jauh ke dalam dan lebih selesa kalau menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ingat lagi awal-awal dulu masa saya ke tempat ni jalan masih jalan tanah merah dan tidak bertar. Tapi sekarang jalan dah bertar dan memudahkan lagi perjalanan untuk ke tempat ni. D' Pulau Tibang Ulu Slim Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dari Slim River. Melalui penempatan orang asli dan kawasan hutan yang masih terjaga memang rasa nyaman dan tenang saja. Dari jauh terdengar deruan air sungai. Memang sangat mengujakan dapat pergi ke tempat macam ni. Tak ramai orang pun sebab kawasan persendirian.  Di sini ada disediakan bili

5 Tips Untuk Kekal Konsisten Dalam Bisnes

Nak sentiasa kekal positif tu memang satu cabaran juga. Yelah kita manusia ada emosi yang sentiasa berubah-ubah. Tapi bila kita ada sebab untuk sentiasa rasa positif seperti nak tengok anak-anak gembira, pasti kita boleh kekalkan perasaan kita untuk sentiasa gembira juga. Macam dalam bisnes juga, perlu untuk kekal konsisten supaya apa yang telah kita usahakan tidak terhenti setakat itu saja. Saya kongsikan sidikit tips untuk kekal konsisten: 📝 Jadual ➡️ Perlu ada jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Jadual ni membantu kita untuk merancang tugas-tugas harian jadi takdelah kita hanyut.  📝 Keutamaan ➡️ Buat tugas yang penting dulu dan habiskan satu-satu tugas sebelum buat yang lain.  📝 Fokus ➡️ Yang ni paling penting sebab bila kita fokus kita akan lebih berjaya dan melakukan satu-satu tugas tu dengan lebih teliti. 📝 Motivasi diri ➡️ Selalu cakap kata-kata positif pada diri sendiri. Ini penting juga sebab bila kita baca walau sebaris ayat positif,

5 Kepentingan Facial Muka Kepada Kulit

Facial adalah satu rawatan wajah yang dilakukan untuk menjaga kebersihan, kesihatan dan kecantikan wajah. Biasanya ramai wanita yang melakukan facial di spa yang banyak menawarkan pakej-pakej menarik. Ada juga yang hanya melakukannya sendiri di rumah. Jika tak sempat untuk ke spa, ada juga perkhidmatan spa bergerak yang akan datang ke rumah untuk melakukannya di rumah sendiri.  Rawatan facial penting untuk memastikan kulit muka sihat. Wanita yang kerap melakukan facial akan mendapat kulit wajah yang lebih cerah, segar dan muda. Proses rawatan facial adakalanya mengambil masa yang agak lama.  Rawatan facial sangat penting kepada diri kita bagi kebersihan wajah. Kepentingan facial ini ada lima iaitu: 1. Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembap ✅ Membersihkan wajah menggunakan cara biasa sebagaimana kita selalu lakukan setiap hari, tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang ada di dalam kulit. Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembap secara menyeluruh. 

Batuk Berterusan Dan Ubat Batuk

Bila batuk ni memang penat dan rasa tak selesa. Beberapa bulan ni kerap pulak saya batuk dan selsema. Bila selsema mesti pakej dengan batuk sekali. Batuk ni lah yang paling lambat nak baik.  Selalu bila batuk saya akan kena asma juga. Memang kena ke klinik lah jawabnya ambil Nebulizer (Neb). Nasib baik juga klinik 1 Malaysia dekat dengan rumah. Bukak pulak sampai pukul 10 malam. Biasanya memang pergi malam sebab tunggu suami balik kerja.  Selalunya kalau pergi klinik tu, doktor akan bagi ubat cair kahak dan ubat batuk Nilco Syrup. Doktor ada pesan ubat tu mengantuk. Jadinya memang saya minum bila perlu je sebab masih menyusukan Irdina.  Lepas dah ambil neb tu, legalah sikit rasa dan asma pun beransur-ansur pulih. Cuma batuk ambil masa sikit nak baik. Ikutkan nak cari ubat batuk yang tak mengantuk, tapi telan jelah Nilco Syrup tu bila batuk teruk.  Harapnya cepatlah baik batuk kali ni. Kadang-kadang batuk ni datang bila-bila masa je padahal tak selsema pun. Sampaikan berlarutan beberapa