Skip to main content

7 Cara Mudah Turunkan Berat Badan Tanpa Menyeksakan Diri



Berat badan yang berlebihan ni bukan saja membataskan pergerakan malah ia turut memberi kesan kepada kesihatan kita. Macam-macam penyakit boleh dihidapi oleh mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. 

Oleh itu jangan tunggu sampai dah terlambat baru nak berdiet ya. Mulakan dari sekarang supaya hidup kita lebih sihat dengan berat badan yang sesuai. 

Ada 7 cara mudah untuk turunkan berat badan:

1. Bersenam

Biasakan diri untuk rajin melakukan senaman. Kalau tak sempat buat setiap hari, cuba buat 3 kali seminggu ke. Sekarang ni banyak gim yang menawarkan keahlian pada harga yang berpatutan. Jadi ahli dan gunakan sepenuhnya peralatan yang ada di gim.  

2. Amalkan makanan sihat

Penting untuk kita tahu apa yang kita makan. Elakkan minuman bergas, kurangkan gula dan banyakkan minum air masak. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Untuk turunkan berat badan, jangan tak makan nasi langsung ya. Boleh ambil nasi tapi dalam kuantiti yang sikit atau makan beras perang.

3. Elakkan makan malam

Makan lebih daripada pukul 8 malam akan menyebabkan perut kita bekerja lebih masa. Makanan biasanya mengambil masa 4 jam untuk dihadamkan. Kalau rasa lapar, boleh ambil snek sihat seperti kekacang, buah, sesudu mentega kacang dan salad.

4. Jauhkan diri dari gajet dan televisyen.

Tahu tak bila kita makan sambil menonton tv atau memegang handphone, kita cenderung untuk makan lebih daripada yang sepatutnya. Makan di meja makan dapat mengawal berapa banyak makanan yang masuk ke mulut kita.




5. Makan sarapan dalam kuantiti yang banyak

Sarapan sangat penting untuk kita. Sebab pada waktu pagilah tubuh kita berada pada peringkat yang optimum. Jangan skip sarapan. Ambil sarapan dalam kuantiti yang banyak dan semestinya sihat ya. Supaya tengah hari nanti perut taklah rasa lapar sangat. 

6. Pastikan cukup tidur

Tidur yang cukup sebenarnya membantu juga untuk turunkan berat badan. Bila cukup tidur dan rehat, tubuh akan rasa lebih segar. 

7. Ambil minyak ikan omega-3

Minyak ikan omega-3 adalah lemak sihat yang dapat membantu turunkan berat badan. Omega Guard merupakan sumber minyak ikan terbaik yang membekalkan omega-3 kepada tubuh kita.

Bagaimana omega-3 mencairkan lemak badan kita:


1) Omega-3 meningkatkan sensitiviti insulin. Insulin yang kurang sensitif membuatkan badan kita sukar untuk membakar lemak.

2) Omega-3 mengurangkan keradangan sekaligus membantu memecahkan lemak.

3) Omega-3 membantu memulihkan kesakitan otot sekaligus menjadikan program senaman kita jadi lebih berkesan.

4) Omega-3 menghalang perkembangan gen lipogenic yang bertanggungjawab mengumpul lemak dalam badan.

5) Omega-3 membantu badan mensintesis protin dengan baik dan membina otot. Bila otot sihat, pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat.




Hubungi saya melalui whatsapp atau sms untuk mengetahui lebih lanjut kebaikan Omega Guard dan untuk pembelian.

Pengedar Shaklee Gombak

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Slim River Perak

Slim River, Perak satu daerah kecil di selatan Perak. Berdekatan dengan Tanjung Malim yang bersempadan dengan Selangor. Banyak sebenarnya tempat menarik di sini terutamya kawasan air terjun dan hutan yang masih terpelihara.  Beberapa bulan lepas saya berpeluang menghantar adik untuk program universitinya. Tak jauh dari rumah kami sebenarnya. Tapi ia agak jauh ke dalam dan lebih selesa kalau menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ingat lagi awal-awal dulu masa saya ke tempat ni jalan masih jalan tanah merah dan tidak bertar. Tapi sekarang jalan dah bertar dan memudahkan lagi perjalanan untuk ke tempat ni. D' Pulau Tibang Ulu Slim Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dari Slim River. Melalui penempatan orang asli dan kawasan hutan yang masih terjaga memang rasa nyaman dan tenang saja. Dari jauh terdengar deruan air sungai. Memang sangat mengujakan dapat pergi ke tempat macam ni. Tak ramai orang pun sebab kawasan persendirian.  Di sini ada disediakan bili

5 Tips Untuk Kekal Konsisten Dalam Bisnes

Nak sentiasa kekal positif tu memang satu cabaran juga. Yelah kita manusia ada emosi yang sentiasa berubah-ubah. Tapi bila kita ada sebab untuk sentiasa rasa positif seperti nak tengok anak-anak gembira, pasti kita boleh kekalkan perasaan kita untuk sentiasa gembira juga. Macam dalam bisnes juga, perlu untuk kekal konsisten supaya apa yang telah kita usahakan tidak terhenti setakat itu saja. Saya kongsikan sidikit tips untuk kekal konsisten: 📝 Jadual ➡️ Perlu ada jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Jadual ni membantu kita untuk merancang tugas-tugas harian jadi takdelah kita hanyut.  📝 Keutamaan ➡️ Buat tugas yang penting dulu dan habiskan satu-satu tugas sebelum buat yang lain.  📝 Fokus ➡️ Yang ni paling penting sebab bila kita fokus kita akan lebih berjaya dan melakukan satu-satu tugas tu dengan lebih teliti. 📝 Motivasi diri ➡️ Selalu cakap kata-kata positif pada diri sendiri. Ini penting juga sebab bila kita baca walau sebaris ayat positif,

5 Kepentingan Facial Muka Kepada Kulit

Facial adalah satu rawatan wajah yang dilakukan untuk menjaga kebersihan, kesihatan dan kecantikan wajah. Biasanya ramai wanita yang melakukan facial di spa yang banyak menawarkan pakej-pakej menarik. Ada juga yang hanya melakukannya sendiri di rumah. Jika tak sempat untuk ke spa, ada juga perkhidmatan spa bergerak yang akan datang ke rumah untuk melakukannya di rumah sendiri.  Rawatan facial penting untuk memastikan kulit muka sihat. Wanita yang kerap melakukan facial akan mendapat kulit wajah yang lebih cerah, segar dan muda. Proses rawatan facial adakalanya mengambil masa yang agak lama.  Rawatan facial sangat penting kepada diri kita bagi kebersihan wajah. Kepentingan facial ini ada lima iaitu: 1. Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembap ✅ Membersihkan wajah menggunakan cara biasa sebagaimana kita selalu lakukan setiap hari, tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang ada di dalam kulit. Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembap secara menyeluruh. 

Batuk Berterusan Dan Ubat Batuk

Bila batuk ni memang penat dan rasa tak selesa. Beberapa bulan ni kerap pulak saya batuk dan selsema. Bila selsema mesti pakej dengan batuk sekali. Batuk ni lah yang paling lambat nak baik.  Selalu bila batuk saya akan kena asma juga. Memang kena ke klinik lah jawabnya ambil Nebulizer (Neb). Nasib baik juga klinik 1 Malaysia dekat dengan rumah. Bukak pulak sampai pukul 10 malam. Biasanya memang pergi malam sebab tunggu suami balik kerja.  Selalunya kalau pergi klinik tu, doktor akan bagi ubat cair kahak dan ubat batuk Nilco Syrup. Doktor ada pesan ubat tu mengantuk. Jadinya memang saya minum bila perlu je sebab masih menyusukan Irdina.  Lepas dah ambil neb tu, legalah sikit rasa dan asma pun beransur-ansur pulih. Cuma batuk ambil masa sikit nak baik. Ikutkan nak cari ubat batuk yang tak mengantuk, tapi telan jelah Nilco Syrup tu bila batuk teruk.  Harapnya cepatlah baik batuk kali ni. Kadang-kadang batuk ni datang bila-bila masa je padahal tak selsema pun. Sampaikan berlarutan beberapa