Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Herbal Blend Krim Pelbagai Guna

Ruam dan gatal-gatal kerap sangat terjadi dan timbul pada kulit baby. Biasanya disebabkan ruam panas, ruam susu, ruam lampin, eczema, dan alahan pada sesuatu jenis makanan. Memang tak selesa lah kalau gatal-gatal ni lebih-lebih lagi kalau panas dan berpeluh.  Biasanya petua orang tua, sapukan bedak sejuk pada baby. Berkesan juga cuma kadang-kadang susah dah nak jumpa bedak sejuk tradisional ni. Selalu mak-mak akan cuba cari krim yang bersesuaian di farmasi atau rujuk pada doktor.  Kalau dah buntu sangat nak pilih krim apa, boleh cuba Herbal Blend Shaklee. Krim pelbagai guna ni sesuai digunakan oleh baby sebab ia bebas paraben. Kandungannya juga terdiri daripada bahan-bahan semulajadi.  Saya kongsikan testimoni pengguna :  1. Risau dengan keadaan kulit baby yang ditumbuhi ruam di muka, ibu baby telah menggunakan krim Herbal Blend. Sapu nipis-nipis di kulit baby, selamat disapukan di muka juga. Dalam 3, 4 hari ruam mula kurang dan kulit baby jadi licin semula. Lega rasanya. Kalau tak tu,

Jom Kongsikan Kebaikan Shaklee!

Sebagai seorang pengedar Shaklee, perasaan paling seronok adalah bila dapat bantu customer menyelesaikan masalah kesihatan mereka. Rasa terlebih excited pun ada. Hahaha. Macam seorang customer saya ni, beliau beli ESP untuk milkbooster dan Ostematrix untuk suami. Masa tu customer masih dalam pantang dan memang sebelum ni pernah consume ESP untuk penyusuan. ESP sangat membantu beliau sepanjang tempoh berpantang. Badan kurang rasa letih dan pengeluaran susu lancar. Baby pun tak meragam sebab kenyang menyusu. Bila dapat feedback positif macam ni, terus rasa semakin bersemangat lagi untuk kongsikan lagi kebaikan Shaklee. Kadang-kadang perkara kecil bagi orang lain tapi besar bagi kita.  Mungkin kisah ni biasa saja. Tapi bagi saya, ia sangat memberi motivasi kepada saya untuk terus membantu ramai lagi orang. Insha Allah, semoga saya dapat ramai lagi customer selepas ni. Saya tak pernah jemu untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee. Mungkin ramai lagi kat luar sana yang masih belu

Pengalaman Lalu Mendewasakan Diriku

Keluarga sentiasa menjadi penguat semangat saya untuk meneruskan bisnes yang saya mulakan. Seingat saya mak dulu pun ada buat kuih untuk dijual masa saya kecil. Selain buat kuih, mak ambil upah menjahit juga. Bila kami dah besar sikit dan dah bersekolah, mak jadi pengasuh anak-anak jiran.  Kami yang dah besar ni, bolehlah tolong sekali sekala. Macam-macam mak ayah buat untuk membesarkan kami.  Dalam kita tak sedar, sebenarnya setiap orang pun pernah ada pengalaman membangunkan bisnes. Bezanya cuma tidak secara formal dan teratur je. Dan sama ada bisnes tu nak dikembangkan atau tak.  Macam bisnes Shaklee yang saya mulakan ni, saya perlu lebih gigih dalam membangunkan bisnes ni. Tak boleh lemau-lemau dan malas. Pasti ada lagi cara yang belum saya buat. Orang lain hanya boleh bagi jalan dan peluang. Selebihnya saya perlu menggerakkan sendiri bisnes Shaklee saya. Niat di hati ingin hadiahkan Vivix pada ibu mertua sebab beliau menghidap kencing manis. Tapi masih belum terla

Apakah itu Coenzyme Q10?

Apakah itu Coenzyme Q10? Coenzyme Q10 adalah sejenis nutrien yang larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel hidup. Ia berfungsi sebagai antioksidan semulajadi.  Fungsi-fungsi Coenzyme Q10 : 1. Sel, mitokondria ✅ Ia bertindak sebagai palam pencucuh sel untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga.  2. Meningkatkan tenaga ✅ Bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga di setiap sel. ✅ Ia didapati dalam mitokondrion (kilang tenaga untuk sel). 3. Ketajaman minda ✅ Usia yang meningkat menyebabkan tahap CoQ10 semakin berkurangan.  ✅ CoQ10 memberi bekalan untuk fungsi otak. ✅ Menyokong daya perhatian dan fungsi sel otak. ✅ Penyakit Alzheimer disebabkan oleh plak amyloid dalam sel otak. CoQ10 bertindak sebagai antioksidan pelindung neuro, mengurangkan plak amyloid. 4. Kekal berseri ✅ CoQ10 meningkatkan kandungan epidermal lapisan permukaan kulit dan lapisan dalam epidermis dan memperbaiki potensi antioksidan kulit. ✅ CoQ10 bertindak sebagai pelindu

Shaklee Home Office Baru

Ada yang dah pergi Shaklee Home Office? Saya pun belum berpeluang ke sana lagi. Hanya dapat tengok dari gambar je. Tengok gambar pun dah rasa teruja nak ke sana bila kelapangan nanti.  Shaklee Home Office ni baru je dirasmikan bulan April 2017. Konsep Shaklee Home Office berbeza daripada cawangan Shaklee yang lain. Kat sana, kita boleh pilih vitamin apa yang kita nak beli macam ala-ala Guardian, Watson tu. Dah pilih, bayarlah kat kaunter macam biasa.  Best kan? Tempat parking pun luas dan mudah diakses. Kat lobi tu banyak disediakan meja dan kerusi untuk pengedar berjumpa prospek di situ. Nampak selesa sangat. Training room dan meeting centre pun ada kat level 3 kalau tak silap. Mudahlah kalau Shaklee ada buat kelas untuk pengedar-pengedar Shaklee.  Kalau ada kelapangan nanti, memang nak sangat pergi sana. Haritu pernah lalu je dan nampak dari luar bangunan Home Office Shaklee yang baru ni. Memang senang sangat nak jumpa. Eh, yang belum jadi member pun boleh je

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Hari ni saya nak kongsi 9 tips untuk kekal sihat di musim panas. Cuaca sekarang ni tak menentu. Jadi, bersedialah untuk setiap keadaan cuaca ya. 1. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal. 2. Guna kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan. 3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar. 4. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar. 5. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula. 6. Pakai losyen untuk melembutkan kulit. Pilih losyen dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya kepada kulit untuk jangka masa panjang. 7. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa. 8. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh dan memastikan tubuh kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari. 9. Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan. Cubalah tips yang saya kongsikan ni. Apa yang penting, kesihatan perlu diutamakan. Ambil

Bisnes Shaklee Pilihan Saya

Sekarang ni, masa untuk kita fikir tambah pendapatan je. Nak kurangkan kos pun dah habis berjimat dah rasanya. Makan pun masak apa yang ada. Weekend pun memang selalu kat rumah je. Tahun lepas saya mula serius untuk mulakan bisnes. Saya pilih Shaklee sebab dah rasa sendiri kesannya kepada kesihatan dan kehidupan saya. Bagi saya bisnes Shaklee lain dari yang lain. Dengan Shaklee, saya dapat bantu orang lain lebih sihat dengan pengambilan supplemen. Dapat tolong orang selesaikan masalah kesihatan yang dihadapi merupakan satu kepuasan kepada saya.  Bisnes Shaklee juga bukan sekadar bisnes je. Dengan Shaklee saya dapat belajar banyak perkara baru berkenaan kepentingan setiap vitamin kepada kesihatan. Bukan semua vitamin sama dan boleh diambil oleh setiap orang ye. Dapat pulak masuk group Freedom Family yang sangat best dan ramai kawan-kawan positif. Mereka sentiasa memberi sokongan dan semangat sesama kami. Wasap dan telegram penghubung kami walau tak pernah bertemu muka. 

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Bila sebut Shaklee, apa yang terlintas di fikiran anda? Bagi saya, Shaklee banyak merubah kehidupan saya. Semestinya perubahan yang baik. Daripada seorang yang sukar mengambil supplemen, kini yakin dengan Shaklee. Kenapa saya pilih Shaklee? 🌼 Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat. 🌼 Produk Shaklee adalah selamat diambil kerana bahan-bahan yang terkandung dalam setiap supplemen adalah semula jadi dan tidak diubah dari segi genetik. 🌼 Ada Landmark Study yang dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam UC Berkeley.  🌼 Produk yang dihasilkan adalah mesra alam. Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang menjadi Climate Neutral yang telah disahkan untuk benar-benar mengimbangi pelepasan karbon yang menyebabkan impak sifar terhadap alam sekitar. Bukan senang nak pilih supplemen yang betul-betul selamat. Bila dah tau dan yakin dengan Shaklee, memang saya tak pilih yang lain dah. Setia pada yang sa

Produk Untuk Kecutkan Jerawat Dengan Berkesan

Kulit muka yang berminyak memang selalu ditumbuhi jerawat. Ditambah lagi dengan cuaca panas sekarang ni, kulit cepat je berpeluh. Bila berpeluh tu, minyak yang terhasil akan menyumbatkan liang-liang pori. Bila liang-liang pori tersumbat, maka timbullah jerawat. Jerawat ni biasanya ambil masa juga nak hilang dan kecut. Biasa akan rasa gatal dan merah. Mulalah tangan tu gatal nak garu atau pecahkan jerawat tadi. Jangan! Kuku kita ni banyak kuman yang kita tak nampak. Bila pegang jerawat tadi, lagilah merebak kuman dan bakteria di muka kita.  Ok, pertama sekali memang kena cuci muka dengan sebersih-bersihnya dengan pencuci muka. Satu lagi, boleh cuba ambil Vitamin C Shaklee. Vitamin C dikenali sebagai asid askorbik. Ia memainkan peranan besar dalam fungsi serta penyelenggaraan tubuh, terutama kulit. 1. Bertindak sebagai antioksidan. 2. Melindungi dari sinaran UV. 3. Bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi. 4. Berfungsi sebagai agen anti-radang. 5. Molekul penting dalam penghasilan k

Shaklee Effect - Kisah Saya

Shaklee effect yang paling memberi kesan pada saya semestinya kehadiran zuriat pertama 😍.  Saya berkahwin pada tahun 2009. Tahun demi tahun kami menunggu kehadiran cahaya mata. Namun harapan masih tinggal harapan. Pelbagai usaha juga telah dilakukan. Sampailah akhirnya saya diperkenalkan dengan Shaklee pada tahun 2014. Saya dan suami ambil set kesuburan Shaklee. Saya ambil GLA, B Complex dan ESP. Suami ambil Zinc. Konsisten juga ambil set tersebut di samping ambil makanan sihat dan kurangkan ambil fast food. Tak sempat pun untuk top up balik supplemen, saya dapat berita gembira masa tu bulan Jun 2014 kalau tak silap. Akhirnya saya hamil! Gembira jangan cakaplah. Setelah hampir 5 tahun kami menunggu akhirnya dengan izin Allah, saya dapat merasai sendiri pengalaman mengandung. Alhamdulillah, dengan asbab pengambilan vitamin Shaklee. Tak lama lepas kelahiran anak yang pertama, hadir pula zuriat yang kedua. Bersyukur sangat dengan rezeki yang diberikan.  Kami dah meras

Menangani Kegagalan Dalam Hidup

GAGAL. Perkataan yang ramai orang tak suka dengar, kan? Tapi, setiap dari kita tak dapat nak elak daripada melalui kegagalan dahulu sebelum bangun semula untuk mencipta kejayaan. Saya sendiri banyak melalui beberapa siri kegagalan dalam hidup. Saya gagal mencapai cita-cita saya. Saya gagal mempelajari kursus yang saya minat. Saya gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya. Saya gagal untuk memberi kesenangan kepada kedua ibu bapa saya. Kalau nak disenaraikan, panjang lagi rasanya siri kegagalan ni 😓. Tapi, saya tetap teruskan segala-gala yang telah ditentukan kepada saya. Walaupun pada awalnya agak payah dan sukar, saya belajar menerima dan bangun daripada setiap kegagalan.  Alhamdulillah segalanya dapat saya lalui. Saya dapat juga tamatkan pelajaran walaupun kursus tersebut bukanlah pilihan utama saya. Saya belajar bidang yang baru dalam pekerjaan dan cuba memahirkan diri dalam bidang tersebut.  Mungkin apa yang telah tersurat tu lebih

Set Kulit Cantik Shaklee

Nak jaga kulit muka ni memang kena teliti bukan saja dari segi pemilihan produk untuk kulit, bahkan penting untuk pilih supplemen dalaman yang terbaik juga. Bila kulit sihat tu, tak susahlah kalau nak mekap pun. Dah tak payah nak sorok-sorok parut jerawat dengan mekap.  Dah jimat kat situ sebab cuma pakai mekap nipis-nipis je. Natural beauty gitu. Lagipun kalau yang dah berstatus mak-mak ni memang kalau boleh nak bersiap secepat dan seringkas mungkin tapi tetap gojes ya.  Saya kongsikan suplemen untuk dalaman dulu ya. -Kolagen : Mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit. Sangat disyorkan untuk mereka yang ada masalah kulit kering, kusam dan berjeragat. -Vitamin C : Melembutkan kulit yang kering dan kasar. Bertindak sebagai antioksida untuk meneutralkan kulit yang rosak akibat radikal bebas. Sangat diperlukan dalam penghasilan kolagen untuk memberikan kulit tegang dan sihat. -GLA : Mengandungi Omega 6, Vitamin E untuk menganjalkan dan melembapkan kulit. -Omega Guard : Melembapkan kuli

Jangan Takut Mulakan Langkah Pertama

Meneroka bidang baru adalah satu fearless yang saya cuba hadapi. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab sebelum ni memang tak pernah terfikir untuk mulakan bisnes. Sebab saya ni pemalu orangnya 😅. Banyak kali juga lah fikir untuk mulakan langkah pertama. Sampailah akhirnya saya terbuka hati untuk buat bisnes Shaklee. Saya hanya buat melalui online je. Sharing melalui media sosial yang ada. Tak perlu jumpa orang pun. Semuanya hanya dalam talian saja. Mudahlah juga. Keluarga turut memberi sokongan untuk saya membina bisnes Shaklee yang baru setahun jagung ni. Seronok bila dapat kenal ramai leaders yang dah berjaya dan kisah kejayaan mereka saya ambil sebagai sumber inspirasi. Saya jadi lebih positif dalam hidup. Setiap hari adalah hari baru untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. Sekarang, mungkin masih jauh lagi perjalanan bisnes Shaklee saya yang baru nak bertatih ni. Banyak lagi yang saya perlu buat untuk mengukuhkan tapak atau asas bisnes Shaklee. A long way to go.  Tapi, s

Kenapa Obses Sangat Dengan Shaklee?

Rasanya ramai kat luar sana tertanya-tanya kenapa pilih Shaklee? Kenapa obses sangat dengan Shaklee? Apa yang bestnya Shaklee ni?  Ok, untuk jawab semua soalan tu, saya akan terangkan kat anda semua ya.  Semulajadi selamat, terbukti berkesan. Misi Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua irang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa saja. Produk Shaklee adalah dari bahan semulajadi dan begitu luar biasa. Apabila memilih Shaklee sebagai supplemen, anda akan tahu 3 perkara :  1. Sentiasa selamat. ➡️ Shaklee menjalankan 350 ujian ke atas setiap ramuan botani yang baru untuk logam berat, racun serangga atau beratus-ratus bahan cemar berbahaya yang lain.  ➡️ Seterusnya menjalankan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk. 2. Sentiasa berfungsi. ➡️ Shaklee telah melabur lebih daripada US$250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Landmark study yang dijalankan telah membuktikan bahawa oran

Pengalaman Bisnes Shaklee Saya

Memulakan bisnes bukanlah semudah yang disangka. Banyak je dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Jatuh, bangun, jatuh semula, bangun, berdiri, menapak barulah berlari 😄.  Sebelum ni saya memang tak pernah langsung cuba-cuba buat bisnes online. Bisnes offline tu adalah juga pernah buat tapi tak sepenuhnya. Untuk saya yang masih baru dalam bisnes online, banyak juga yang perlu saya belajar. Bukan hanya post update semata-mata.  Awalnya saya belajar teknik copywriting. Mula-mula memang kelaut gaya bahasa dan tulisan tapi hasil latihan setiap hari saya cuba menulis dari hati. Dan sampai sekarang pun saya masih berlatih lagi.  Dalam bisnes Shaklee yang saya usahakan ini, pengetahuan tentang produk memang paling penting. Saya sentiasa belajar daripada kelas-kelas online, dan perlu rajin membaca.  Dengan bisnes Shaklee jugalah saya mula belajar menulis di blog. Teknik-teknik menulis yang betul dan gaya bahasa yang sesuai. Bukan senang tau nak hasilkan satu entry yang berinf

Cara Dapatkan Shaklee Collagen Powder Pada Harga Murah

Bulan Februari adalah bulan kecantikan Shaklee! Kenapa saya cakap macam tu? Ok, first sekali bulan ni ada promo Collagen Powder dan Vitamin C tau. Beli 4 kotak kolagen dan Vitamin C ada diskaun 10%. Saya kongsikan manfaat kolagen kepada kesihatan :  1. Anti penuaan - Mengurangkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan. 2. Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit. 3. Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan. 4. Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka. 5. Menyubur - Menggalakkan pertumbuhan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar. 6. Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit. 7. Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara. Dah alang-alang beli set ni, rugi kalau tak join jadi ahli. Tambah RM68.90 dan dah boleh dapatkan set ni pada harga ahli. Jimat banyak tau

Makan-makan Shell Out Bersama Keluarga

Cuti hujung minggu baru-baru ni (17/2/2018), kami dan keluarga mertua berkumpul ramai-ramai untuk menyambut hari lahir mak mertua saya. Sebenarnya hari lahir mak jatuh pada 10/2/2018 tapi disebabkan pada tarikh tersebut juga mak mertua ada event dengan kawan-kawannya, maka terpaksa tunda pada minggu selepasnya. Kebetulan pula masa tu cuti Chinese New Year. Memang sedang eloklah. Ok, sebenarnya nak cerita pasal restoran Let's Shell Out Puncak Alam. Restoran ni dibuka pada pukul 5 petang dan menyediakan menu shell out untuk para pengunjung. Bagi saya yang pertama kali makan shell out ni 🤗, menu yang dihidangkan menepati selera saya. Sedap dan berbaloi. Paling sedap asam pedas ikan pari sebab saya ni memang penggemar asam pedas.hehehe. Asam pedas dia pekat dan cukup rasa masam-masam pedas tu.  Antara menu yang dipesan : 1. Ketam masak cili. 2. Udang butter. 3. Lala masak kicap berempah. 4. Sotong masak pedas. 5. Kupang. 6. Kerang besar masak cili. 7. Asam pedas ikan pari. Seafood sem

Target Saya Dalam Bisnes

Sebelum buat apa-apa pun, kita mesti ada tujuan dan target. Macam tu lah juga bisnes. Untuk bisnes Shaklee yang saya usahakan ni, target saya : ✅ Belajar lebih mendalam berkaitan bisnes. Dari segi marketing, hubungan dengan pelanggan dan strategi untuk mengembangkan bisnes. ✅ Membantu orang lain supaya lebih sihat dengan pengambilan supplemen semulajadi. ✅ Ada pendapatan sendiri sekaligus membantu menambah pendapatan keluarga. Bebas hutang dan dapat membeli rumah sendiri. ✅ Dapat naik rank bermula daripada Supervisor sampailah yang paling tinggi, Master. ✅ Dapat memberi dengan lebih banyak dan kerap kepada mereka yang memerlukan. ✅ Dapat penuhi impian mak dan ayah tunaikan haji di Mekah. ✅ Menyimpan untuk tabung pendidikan anak-anak. ✅ Bawa sekeluarga melancong dengan trip Shaklee. ✅ Membina empayar bisnes supaya dapat diwarisi oleh anak-anak saya nanti. Semoga dipermudahkan semuanya dan saya sendiri perlu usaha lebih lagi. Nak join saya untuk s

Cara Kekalkan Kulit Supaya Sentiasa Cantik Dan Awet Muda

Kecantikan sentiasa menjadi topik utama para wanita di luar sana. Ada yang nak cantik cepat tu sanggup buat apa saja walaupun terpaksa menanggung kesakitan (ouch!). Bagi saya, kecantikan luaran tu bermula dari dalaman jugak. Nak nampak cantik kat luar, dalaman kena sihat dulu barulah aura cantik tu keluar. Meh saya kongsikan tips untuk kekal cantik dan sihat sepanjang masa. 1. Ambil skincare yang betul. Benar-benar berkesan dan semulajadi. Elakkan ambil produk yang mengandungi bahan beracun. 2. Ambil kolagen yang terbaik dan mudah serap ke dalam badan. 3. Minum air secukupnya. 4. Jangan tinggal vitamin C setiap hari. 5. Buat facial secara berkala. Dapat dah tips yang saya kongsikan? Penting sangat amalkan 5 cara ni sebab mudah dan memang selalu kita buat, kan. Bonus kita akan nampak 10 tahun lebih muda tau. Haaa siapa yang tak nak. Jangan tunggu lagi, mulakan rutin ni hari ni juga!

5 Sebab Kenapa Kolagen Penting Kepada Kulit

Kolagen sangat penting untuk mengekalkan keanjalan kulit dan fungsi sendi. Ini disebabkan 30% protein dalam badan kita adalah kolagen.  5 sebab kenapa kita perlu ambil kolagen hari ini :  1. Kolagen adalah bahan utama untuk kulit yang lebih tegang. ➡️ Kolagen memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. 2. Kolagen menyokong kesihatan sendi. ➡️ Kolagen kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif. 3. Rambut dan kuku yang sihat. ➡️ Kolagen yang mencukupi, menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilau dan kuku yang kuat. 4. Penghasilan kolagen berkurangan setiap tahun. ➡️ Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihata

Hobi Masa Lapang

Best kan bila kita ada hobi? Buat apa yang kita suka dan luar dari kebiasaan. Biasanya hobi ni boleh jadi apa saja.  Salah satu hobi saya semestinyalah membaca novel. Tak kisah genre novel asalkan cerita dan kisahnya menarik. Banyak antara novel dalam simpanan saya karya Ramlee Awang Mursyid. Novel beliau lain dari yang lain dan ada antara novel beliau telah diadaptasi menjadi drama dan filem.  Sudoku juga salah satu hobi saya bila ada masa terluang. Ramai yang tahu tak? Permainan nombor isi tempat kosong iaitu 1 hingga 9 dalam satu kotak dan barisan. Kalau dah buat sudoku ni memang leka tak ingat keliling 😂.  Bagi saya hobi ni perlu untuk kita menguruskan stress dan rasa enjoy. Membaca dapat melatih saya menulis dengan lebih baik. Sudoku pula dapat melatih otak kita supaya lebih kreatif dan sentiasa berfikir.  Pasti korang pun ada hobi, kan. Jom share apa hobi korang kat komen 😄.

Impian Untuk Keluarga

Sebelum ada anak dulu, memang tak pernah terfikir untuk jadi surirumah sepenuh masa. Maklumlah masa tu usia pun masih muda (muda ke 😜), fikir nak kerja jelah. Dapat juga pendapatan sendiri untuk beli barang yang diinginkan. Plan masa tu untuk berhenti kerja bila keadaan ekonomi dah betul-betul kukuh.  Tapi perancangan Allah lebih baik. Lepas anak pertama lahir, saya bertekad untuk jaga sendiri anak di rumah. Tahun ni dah 3 tahun saya berhenti kerja dan masih struggle untuk menambah pendapatan keluarga dengan melakukan bisnes online.  Sejujurnya, melihat sendiri anak membesar di depan mata merupakan satu kepuasan bagi saya. Kitalah orang pertama yang melihat perkembangan anak. Seronok walaupun kadang-kadang tu penat juga melayan kerenah mereka 😂. Impian saya, bila kami dah kukuh dari segi kewangan nanti, nak bawa anak-anak travel tengok negara orang. Sebab dengan mengembara, banyak perkara yang kita boleh belajar dan lihat. Dan kita lebih menghargai kehidupan yang kita ja

Supplemen Terbaik Untuk Kanak-kanak

Kanak-kanak sekarang ada yang sangat memilih makanan, kan? Mak-mak memang risau kalau anak susah nak makan. Jenuh juga macam-macam masakan dah di cuba tapi anak tetap makan dalam kuantiti yang sikit. Oleh sebab itu, kanak-kanak pun perlukan supplemen untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan sepanjang proses membesar. Tapi, buah-buahan dan sayur-sayuran tetap perlu diambil juga ya.  Salah satu supplemen untuk kanak-kanak daripada Shaklee adalah Vita-Lea for Children. Tablet ini dalam bentuk yang mudah dikunyah oleh kanak-kanak dan berperisa anggur.  Manfaat Vita-Lea for Children :  1. Lengkap dengan Vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul. 2. Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi. 3. Menyediakan cukup nilai harian Vitamin D. 4. Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan. 5. Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik. 6. Meningkatkan daya tahan melawan penyakit. 7. Mempunyai rasa sedap yang digemari kanak-kanak. 8

Aktiviti Hujung Minggu

Salam hujung minggu! Biasanya waktu hujung minggulah masa untuk kita rehatkan fikiran daripada fikir pasal kerja kan? Dua hari nilah macam-macam plan dah buat. Untuk yang bekerja, dua hari ni memang ditunggu-tunggu.  Surirumah macam saya pun tertunggu-tunggu juga dua hari ni 😂. At least dapatlah berkumpul sekeluarga. Masa nilah saya dapat 'ME' time sekejap. Kalau tak ke mana-mana, saya suka baca buku, majalah atau novel.  Tapi, yang paling best bila dapat keluar jalan-jalan tengok alam semulajadi. Rasa tenang je dikelilingi bau rumput, suara burung berkicau, bunyi unggas, udara yang sejuk, pemandangan yang hijau dan dapat menghirup udara yang segar.  Bagi saya bila kita buat apa yang kita suka, kita akan lebih gembira dan berpuas hati. Bila fikiran tenang dan hati gembira, idea pun senang datang dan kita lebih bersemangat untuk melalui hari sibuk nanti.  Jom, manfaatkan hujung minggu dengan aktiviti yang kita suka.

Kebaikan Vitamin C Kepada Kesihatan

Vitamin C diperlukan oleh tubuh kita setiap hari. Sumber vitamin C biasanya didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Tugas utama Vitamin C ialah menghubungkan tisu tisu dalam badan kita termasuk tulang, salur darah dan kulit kita. Cara mudah untuk dapatkan vitamin C adalah dengan mengambil supplemen. Saya suka ambil vitamin C Shaklee. Apa yang best sangat dengan Vitamin C Shaklee ni? 🍊Membentuk Kolagen ➡ Merangsang pembentukkan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas untuk otot, tisu, gusi, rangka dan juga tulang rawan. Ia mampu menghalang otot menjadi lembik. 🍊Memperbaiki Simptom Pendarahan ➡Kekurangan Vitamin C adalah antara penyebab gusi berdarah, kulit mudah lebam, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering dan juga kasar. 🍊Peningkatan Sistem Imum ➡Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan juga kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan

Bisnes Shaklee

Penting untuk setiap orang yang buat bisnes ni ada sales. Setiap hari pun adalah hari kerja. Sebab dalam bisnes ni, kitalah bos, kitalah kuli. Semua pun memang kena buat sendiri. Sekarang ni untuk buat bisnes, medium yang paling mudah dan kurang kos adalah secara online. Macam bisnes Shaklee yang saya buat ni, memang saya gunakan FB, IG dan baru ada blog. Walaupun bisnes saya baru je bermula dan masih banyak yang perlu saya belajar, inshaAllah saya sentiasa positif dan yakin dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya. ✨Percayalah kepada rezeki yang telah ditentukanNYA. Tugas kita adalah berdoa dan berusaha sebaiknya. Selepas itu berserah dan redha kepada ketentuan Allah yang Maha Pemberi. Jangan pula hanya berharap rezeki akan datang bergolek atau turun sendiri dari langit. Salam menjemput rezeki. Semoga kita semua diberi rezeki yang mencurah-curah hari ini dan seterusnya. 

Produk Cerahkan Kulit Tanpa Bahan Kimia Berbahaya

Rugi rasanya kalau saya tak kongsikan testimoni pengguna-pengguna Youth. Sebelum Youth dipasarkan, Shaklee telah membuat kajian terhadap 100 orang responden yang terdiri daripada 50 orang kaukasian dan 50 orang asia. Dan keputusan yang diperolehi adalah 100% kulit wanita dibuktikan secara klinikal menjadi lebih muda. Leaders Shaklee juga berpeluang mencuba Youth lebih awal tau. Memang nampak sangat perbezaan kulit mereka sebelum dan selepas menggunakan Youth. Nampak kulit lebih cerah dan berseri. Nampakkan perbezaan kulit muka sebelum dan selepas gunakan Youth? Youth sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan untuk kulit asia. Yang penting ia selamat dan semulajadi. Tak lama dah, bulan Mac ni Youth akan berada di pasaran Malaysia. Nak buat preorder sekarang pun boleh. Wasap saya, Ija di nombor 012-6936480  atau  Link wasap ➡️ http://tanyaIja.wasap.my/

Vision Board

Sedar tak sedar bulan Januari dah berlalu. Banyak juga perubahan dalam hidup saya sepanjang 2017 dan 2018. Sebelum saya join bisnes Shaklee, jarang sangat saya kisah pasal Vision Board. Tapi, sejak ada dalam group Freedom Family, selalu sangat saya diingatkan berkenaan pentingnya ada Vision Board. Rasanya belum terlambat untuk saya buat VB 😄. Saya kongsikan VB saya apa yang saya nak capai dalam hidup. Pertama sekali semestinya saya nak ada income sendiri hasil daripada bisnes Shaklee yang saya buat. Nak bebas hutang. Berimpian juga untuk travel ke negara orang terutamanya London bersama-sama family saya. Kalau dapat bawa mak dan ayah sekali mesti seronok. Dapat bercuti ramai-ramai.  Untuk yang bisnes macam saya, VB ni memang penting sebab bila kita ada target yang jelas dan ditulis, kita akan usaha sungguh-sungguh untuk dapat apa yang kita nak. Banyak kejayaan yang telah dicapai hasil daripada VB yang ditulis seperti yang selalu dikongsikan oleh Master Lyna Noh. Kejaya

Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Berkesan

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Lumrah seorang wanita nakkan kulit cantik halus mulus supaya tak lah rasa segan bila keluar rumah. Bila jerawat tumbuh walaupun satu rasa macam nak cepat-cepat hilangkan jerawat tu. Itu baru satu, kalau banyak, memang makin stress jadinya. Lagi tension kalau jerawat tu tinggalkan parut.  Saya kongsikan kisah Puan Normasliha yang berjaya menghilangkan parut chicken pox yang sangat teruk, penuh satu muka. Sekarang ni dah takde kesan parut langsung pun. ============================ Derita chicken pox orang dewasa ni memang teruk. Habis seluruh muka dan badan naik chicken pox. Rasa gatal merenyam tu memang dahsyat! Geleng kepala tengok diri sendiri. Menangis juga tengok anak yang baru 3 bulan tu kena chicken pox, sama teruk dengan saya. Dapat MC 2 minggu, lepas tu masuk kerja. Kawan-kawan sekerja yang tak tahu saya kena chicken pox, semua tanya kenapa tiba-tiba muka naik jerawat banyak. Malunyaaaaaa!!!!!! Huhu Saya usaha ambil ESP dan Vitamin C. Bukan

Perjalanan Hidupku

Perjalanan hidup saya tidaklah mudah (sekarang pun belum senang sangat 😅). Tapi apa yang paling terkesan pada saya ialah betapa susahnya mencari pekerjaan selepas habis belajar. Sebelum tu perjalanan saya sebagai seorang pelajar agak lancar juga. Peperiksaan demi peperiksaan berjaya dilalui walaupun tidaklah secemerlang mana.  Selepas SPM ramai diantara kawan-kawan sekolah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Tapi, saya hanya dapat menyambung pelajaran di peringkat Diploma. Sedih tu jangan cakaplah. Dapat pulak kursus yang bukan bidang saya. Saya teruskan juga kursus tersebut sampailah berjaya menggenggam segulung Diploma dan Ijazah. Walaupun masa yang diambil agak panjang juga. Tamat saja belajar, bermulalah misi mencari kerja. Masa ni macam-macam pengalaman yang saya lalui. Saya pernah bekerja di kedai makan, di pasaraya, jaga peperiksaan di IPTA, jadi pembantu fasilitator untuk program PPSMI di sekolah-sekolah dan eksekutif pemasaran.  Masa tu terfik

Apakah Supplemen Yang Diperlukan Untuk Kesihatan?

Masalah gatal-gatal, jerawat, selsema, batuk, resdung dan kadang-kadang lelah? Dalam sedar tak sedar, ramai sekarang yang alami masalah kat atas ni. Dulu masa zaman saya, 30-an ke atas baru senang terjebak.  Saya tengok adik-adik 20-an ramai yang dah kena. Zaman sekarang ni banyak faktor yang mendedahkan kita dengan masalah keradangan. Masalah kat atas tu baru sikit ya. Ada lagi yang bakal menjengah bila kita kurang peka.  Kamu-kamu yang dah kena tu, baru sikit-sikit kena atau nak cuba jaga diri supaya kurang kena, boleh lah amalkan Vitamin C dengan Omega. Kedua-dua vitamin yang power ni sangat lah membantu. Vitamin C untuk baiki salur darah, tisu dan sel supaya bercantum cantik. Omega pula untuk kurangkan keradangan.  Hubungi: Ija  012-6936 480 Wasap link ➡️ http://tanyaIja.wasap.my/

Impian Travel Ke Luar Negara

Setiap orang berimpian untuk melancong ke negara orang. At least sekali seumur hidup nak lah pergi luar dari Malaysia, kan?. Bukan je nak tengok negara orang, nak tau budaya sesuatu kaum dan rasa makanan kat tempat tersebut.  Saya sejujurnya masih belum berpeluang travel ke luar negara. Tapi kalau ada rezeki, saya nak melawat Europe 😊. Suka tengok kesan-kesan sejarah yang masih kekal di samping tempat-tempat menarik yang banyak di sana. Saya suka baca kisah travel seorang blogger, Cik Epal namanya. Banyak negara yang beliau sudah lawati. Dan suka kongsi gambar-gambar percutian menarik di media sosial. Beliau seorang blogger sepenuh masa dan menjana pendapatan melalui blog saja.  Dengan berblog, banyak negara yang Cik Epal sekeluarga telah lawati. Dan ini sangat memberikan saya inspirasi. Buat apa yang kita suka buat kerana mungkin itu sumber pendapatan kita. Tak kisah apa pandangan orang, janji kita yakin dengan apa yang kita lakukan. Impian saya, ingin mencipta kenan

Produk Berkesan Untuk Awet Muda

Produk semulajadi dan bebas bahan kimia memang sentiasa menjadi pilihan kita sebagai pengguna. Lagi-lagi produk untuk muka. Memang kalau boleh nak cari yang paling selamat dan memberi kesan terbaik kepada kulit.  Youth daripada Shaklee adalah produk penjagaan kulit terbaru yang akan berada di pasaran Malaysia Mac 2018 ni.  Sebelum Shaklee keluarkan produk ni, mereka telah buat kajian selama 8 tahun tau. Produk Youth ni memang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif juga. Jom kita tengok ciri-cirinya. ✅ Sesuai untuk kulit sensitif ✅ Hipoalergenik ✅ Tidak menyebabkan liang pori tersumbat ✅ Diuji oleh ahli dermatologi ✅ Diuji oleh ahli oftalmologi ✅ Bebas daripada 1500 bahan beracun ✅ 100% daripada tumbuhan Hasil kajian mendapati produk Youth ni mampu :-  1. Memperbaharui tekstur kulit. 2. Mengecilkan liang pori. 3. Menganjalkan dan menegangkan kulit. 4. Mengurangkan kedutan kulit muka. 5. Membuatkan kulit lebih muda 10 tahun. 6. Me